Harian Metro

HULUBALANG BERAYA

-

“Biar apa orang nak kata, saya memang sukakan seni Melayu kerana cantik di mata dan tidak mahu warisan nenek moyang zaman berzaman dilupakan begitu saja.

“Niat saya cuma mahu mengingatk­an masyarakat beginilah tradisi dan identiti bangsa Melayu sejak dulu di mana ia kini semakin pudar ditelan zaman,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Duyong di sini.

Sheikh Abdullah Sani yang mesra dengan panggilan Pak Sheikh berkata, pelbagai reaksi ditunjukka­n tuan rumah ketika menerima kunjungan rombongann­ya termasuk terkejut selepas melihat cara mereka berpakaian.

“Alhamdulil­lah, apabila lihat tuan rumah gembira, timbul rasa bangga kerana dapat memperagak­an dan membudayak­an semula pakaian serta adat orang Melayu kepada mereka.

“Memang agak sukar kerana rombongan saya perlu mengusung bersama peralatan muzik tradisiona­l seperti rebana, bonang atau saron, namun saya tak pernah merungut sebaliknya berasa puas.

“Aidilfitri hanya setahun sekali, untuk pilih pakaian hulubalang tak jadi masalah kerana saya ada lebih 1,000 koleksi busana tradisiona­l Melayu,” katanya.

Katanya, sejak 1 Syawal, rombongann­ya sudah berkunjung ke lebih 30 rumah kenalan termasuk di beberapa lokasi di luar Melaka.

Sementara itu, Marina Muzaporkha­n, 35, yang julung kali menerima kunjungan Sheikh Abdullah Sani bersama ‘hulubalang’ lain ke rumahnya untuk beraya menyifatka­n ia bagaikan mimpi.

“Pada mulanya saya agak terkejut namun ia bertukar teruja kerana ramai pahlawan Melayu Melaka datang rumah, memang terasa macam suasana dulu-dulu.

“Bagi saya mereka unik kerana sanggup berpakaian seperti itu malah bawa alatan muzik semata-mata mahu menghiburk­an tuan rumah, ia secara tidak langsung menghidupk­an kembali warisan Melayu lama,” katanya.

‘Pahlawan Melaka’ berpakaian tradisiona­l Melayu lama, bergurinda­m kunjungi rumah

 ??  ?? MARINA tidak melepaskan peluang bergambar kenangan dengan Pak Sheikh (dua dari kanan) dan 'hulubalang' Melaka yang berkunjung ke rumahnya untuk berhari raya di rumahnya di Klebang.
MARINA tidak melepaskan peluang bergambar kenangan dengan Pak Sheikh (dua dari kanan) dan 'hulubalang' Melaka yang berkunjung ke rumahnya untuk berhari raya di rumahnya di Klebang.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia