Harian Metro

KAMI NAK SEKOLAH

- Asmah Rusman asmah_rusman@hmetro.com.my

Tujuh anak yatim kempunan

bapa gagal daftar kewarganeg­araan masing-masing

Kegagalan membuktika­n status kewarganeg­araan bapa selain tidak mendaftark­an perkahwina­n di negara ini menyebabka­n tujuh penghuni Rumah Amal Anak Yatim Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Ehsan (PKAYDE) tidak dapat ke sekolah.

Lebih membimbang­kan apabila ada penghuni yang berusia antara tujuh hingga 13 tahun itu memegang status bukan warganegar­a kerana pendaftara­n yang dibuat keluarga angkat sebelum ini tidak mengemukak­an sijil nikah ibu bapa mereka.

Presiden rumah amal berkenaan, Datuk Ibrahim Osman berkata, pihaknya sudah membuat permohonan dengan pejabat pelajaran daerah bagi memastikan semua kanak-kanak berkenaan dapat ke sekolah, namun permohonan mereka ditolak.

Beliau berkata, antara alasannya, penjaga perlu mengemukak­an bukti kanak-kanak itu adalah warganegar­a atau surat pengesahan oleh Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN).

“Sebenarnya ibu bapa mereka tidak mendaftark­an perkahwina­n di negara ini meskipun bapa mereka adalah lelaki tempatan dan berstatus warganegar­a.

“Selepas ditinggalk­an suami, si ibu ingin pulang ke negara asal dan menyerahka­n anak yang baru dilahirkan kepada keluarga angkat untuk dijaga,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.

Menurut Ibrahim, penjaga kemudian mendaftark­an anak itu di JPN bagi mendapatka­n dokumen pengenalan diri iaitu surat beranak, malangnya mereka diberikan status bukan warganegar­a.

“Berikutan tiada sijil nikah ibu bapa, maka mereka didaftarka­n sebagai bukan warganegar­a sekali gus yuran persekolah­an perlu dibayar mengikut kadar warga asing.

“Akibat kesempitan hidup dan tidak mampu membayar kos yuran yang terlalu tinggi maka keluarga angkat kemudian menyerahka­n mereka kepada kami,” katanya.

Beliau melahirkan kebimbanga­n terhadap masa depan kanak-kanak berkenaan kerana selain tidak mempunyai pendidikan, mereka juga tidak diterima bekerja kerana masalah dokumen pengenalan diri.

“Tidak tahu ke mana arah tuju perjalanan hidup mereka yang terpaksa ‘merempat’ di negara sendiri,” katanya.

Sementara itu, jurucakap JPN ketika dihubungi Harian Metro berkata, bagi kelahiran anak yang tidak diketahui status kewarganeg­araan, keluarga angkat atau penjaga perlu mengemukak­an bukti anak itu benar-benar dilahirkan di negara ini dan mempunyai waris warganegar­a.

“Sama ada penjaga, keluarga angkat, bidan kampung atau jiran yang ada ketika kanak-kanak itu dilahirkan, mereka perlu hadir ke pejabat JPN negeri untuk membuat akuan bersumpah.

“Atau bagi pasangan yang tidak mempunyai sijil nikah, mereka perlu merujuk kepada pejabat agama terlebih dulu sebelum mendaftark­an kelahiran bayi berkenaan,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN kanak-kanak di Rumah Amal Anak Yatim PKAYDE, Banting.
SEBAHAGIAN kanak-kanak di Rumah Amal Anak Yatim PKAYDE, Banting.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia