Harian Metro

Hanya mampu bertahan tiga tahun lagi

-

Banting: “Kami bukan tidak mampu, tetapi masalah kos sara hidup yang semakin meningkat masa kini menyebabka­n rumah amal ini berdepan dengan masalah kewangan.

“Mengikut perkiraan pengurusan, dana kewangan yang ada sekarang hanya mampu bertahan bagi tempoh tiga tahun akan datang,” demikian luahan Presiden Rumah Amal Anak Yatim Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Darul Ehsan (PKAYDE), Datuk Ibrahim Osman.

Beliau berkata, sehingga kini, rumah berkenaan yang sudah 11 tahun beroperasi mempunyai 43 orang penghuni berusia antara empat hingga 17 tahun.

Katanya, pihaknya perlu menampung kos perbelanja­an bulanan termasuk perbelanja­an penghuni, pengurusan dan penyelengg­araan asrama serta surau yang mencecah RM14,000 sebulan.

“Kami juga terpaksa menanggung yuran persekolah­an anak-anak yang berstatus bukan warganegar­a pada kadar yang sangat tinggi sama seperti warga asing.

“Justeru, kami amat mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai terutama daripada syarikat korporat dan swasta malah setiap sum- bangan itu akan diberikan pengecuali­an cukai pendapatan,” katanya.

Katanya, bukan tidak ada pihak yang tampil membantu, namun kebanyakan­nya berbentuk makanan seperti beras, minyak, gula dan tepung.

Katanya, mana-mana pihak atau individu yang ingin menyumbang atau mendapatka­n maklumat berhubung rumah amal berkenaan boleh menghubung­i talian 03-31803672 atau 016-6874646.

 ??  ?? IBRAHIM bersama anak-anak yatim menunjukka­n sijil kelahiran dan borang permohonan memasuki sekolah kerajaan.
IBRAHIM bersama anak-anak yatim menunjukka­n sijil kelahiran dan borang permohonan memasuki sekolah kerajaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia