Harian Metro

JERAT DUA TOKAN ‘KLON’

Anggota trafik jejak modus operandi sindiket dadah

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

Penantian penuh sabar dua anggota trafik yang melakukan intipan sejak tiga hari lalu berbaloi apabila mereka berjaya menumpaska­n sindiket dadah yang bergiat aktif menggunaka­n kenderaan klon.

Dua anggota polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur itu dikatakan menjalanka­n tugas risikan di hadapan sebuah hotel di Taman Wahyu, di sini, selepas menemui sebuah kenderaan model Toyota Wish dipercayai menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu.

Timbalan JPST Kuala Lumpur, Superinten­dan Ahmad Adnan Basri berkata, pihaknya kemudian melakukan serbuan kira kira jam 12. 30 teKatanya, ngah hari semalam sebaik melihat seorang lelaki tempatan keluar dari hotel itu dan membuka pintu kenderaan.

sebaik ditahan suspek mengaku kenderaan itu milik rakannya yang menginap bersama di hotel sama.

“Anggota polis kemudianny­a membuat pemeriksaa­n pada kenderaan itu dan mendapati ia adalah kenderaan lupus Singapura yang menggunaka­n identiti palsu.

“Pemeriksaa­n ke atas suspek pertama itu turut menemui dua paket berisi dadah syabu di poket hadapan bajunya, ” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, polis turut menahan rakan suspek pertama iaitu pemilik kereta klon yang didapati turut keluar dari pintu hotel sambil membawa dua beg berwarna hitam.

“Pemeriksaa­n di dalam beg hitam dibawa suspek kedua itu membawa kepada penemuan 15 picagari, dua jarum picagari, empat paket disyaki dadah heroin, lapan paket kristal dipercayai dadah syabu selain wang tunai melebihi RM1,500,” katanya.

 ??  ?? SUSPEK berjaya ditahan dalam serbuan di sebuah hotel.
SUSPEK berjaya ditahan dalam serbuan di sebuah hotel.
 ??  ?? ANGGOTA polis menunjukka­n hasil rampasan.
ANGGOTA polis menunjukka­n hasil rampasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia