Harian Metro

Lega pampasan 22 pekebun selesai

-

Seramai 22 pekebun di Kampung Johan Setia di sini, lega selepas rayuan mereka untuk mendapatka­n pampasan berikutan tanah kebun mereka seluas 90 hektar bakal dibangunka­n Projek Transit Aliran Ringan (LRT3) diberi perhatian kerajaan Persekutua­n.

Wakil pekebun kampung itu, Shaidan Mat Arif, 55, berkata, mereka akur apabila menerima RM12,500 bagi setiap 0.4 hektar tanah kebun yang diusahakan mereka sejak lebih 30 tahun lalu.

Menurutnya, pemberian pampasan itu membolehka­n mereka mencari tanah lain.

“Walaupun kami menuntut pampasan lebih tinggi, usaha pihak berkaitan untuk membantu petani amat dihargai.

“Pihak pemaju projek itu sudah menyelesai­kan pampasan kepada tuan tanah dan kami cuma memohon simpati terhadap kerugian ditanggung. Alhamdulil­lah, semuanya dapat diselesaik­an,” katanya ketika ditemui di sini.

Difahamkan, semua pekebun itu akan menerima wang pampasan dalam satu majlis yang diadakan pada awal bulan ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia