Harian Metro

Polis tak terima laporan culik

-

Polis tidak menerima sebarang laporan berhubung cubaan culik kanak-kanak di sebuah pusat beli-belah di Puchong, kelmarin.

Insiden itu menjadi tular di media sosial hingga mencetuska­n kegusaran ramai.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian berkenaan.

“Jika benar kejadian yang didakwa itu berlaku, saya minta mangsa datang ke balai untuk membuat laporan polis,” katanya.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada masyarakat yang peka dengan keadaan sekeliling dan meminta orang ramai melaporkan kepada polis sekiranya melihat perkara mencurigak­an.

Kejadian yang tular dan disebarkan sejak kelmarin mendakwa seorang wanita bersama anaknya didatangi wanita warga emas memaklumka­n bahawa kanak-kanak itu bukan anaknya.

“Macam mana kami nak teruskan perniagaan kerana tiada pelanggan yang mahu singgah disebabkan tiada air,” kata Zulaika Abdullah, semalam.

Wanita berkenaan antara peniaga yang menjalanka­n perniagaan salun rambut di sebuah pusat beli-belah di Taman Dagang yang terjejas akibat bekalan air dipotong oleh pihak pengurusan pusat beli-belah itu.

Zulaika, 43, berkata, hampir semua peniaga yang rata-ratanya Bumiputera mengeluh dengan masalah ketiadaan bekalan air yang menimpa mereka sejak 16 Jun lalu.

“Kebanyakan peniaga sangat bergantung dengan keperluan air apatah lagi mereka menjalanka­n perniagaan salun rambut dan pusat rawatan kecantikan.

“Akibat ketiadaan air, kebanyakan pelanggan tetap terpaksa membatalka­n temu janji sekali gus membuatkan kami kehilangan mata pencarian sejak sebelum sambutan Aidilfitri.

“Masalah berkenaan turut menyebabka­n sesetengah

 ??  ??
 ??  ?? BARISAN kedai di pusat beli-belah yang tiada bekalan elektrik dan air. Gambar kecil, Nur Zulaika mengisi air ke dalam bekas untuk kegunaan operasi salunnya.
BARISAN kedai di pusat beli-belah yang tiada bekalan elektrik dan air. Gambar kecil, Nur Zulaika mengisi air ke dalam bekas untuk kegunaan operasi salunnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia