Harian Metro

Tahan azab kereta rempuh tiang lampu

-

Seorang lelaki menahan azab kesakitan sejurus kereta dinaikinya merempuh tiang lampu di Kilometer 14.7 Jalan Genting Highlands.

Dalam kejadian jam 5.30 petang kelmarin, mangsa berusia 20-an yang duduk di bahagian penumpang sebelah pemandu cedera di kepala manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Difahamkan, kedua-dua mangsa dalam perjalanan menghala ke Pusat Peranginan Genting Highlands sebelum kenderaan yang dinaiki terbabas ke kiri jalan.

Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kuala Lumpur, Shukor Hashim berkata, pihaknya yang menerima maklumat bergegas ke lokasi kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia