Harian Metro

REA Group beri pengalaman teknologi VR beli hartanah

-

Kuala Lumpur: Pembeli hartanah di Malaysia tidak lama lagi akan dapat melihat prospek hartanah menerusi teknologi realiti maya (VR) yang menawarkan pengalaman tontonan realistik 360 darjah.

Ketua Pegawai Eksekutif REA Group Ltd, Tracey Fellows berkata, kumpulan itu menjalanka­n beberapa siri ujian perintis bagi meningkatk­an pengalaman pelanggan ketika membeli hartanah.

REA Group ialah syarikat pengiklana­n digital multinasio­nal berpangkal­an di Australia yang membuat pengkhusus­an dalam bidang hartanah dan syarikat induk kepada beberapa laman web hartanah global termasuk iProperty Group.

“Kami adalah rakan kongsi Google di seluruh dunia untuk Aplikasi Realiti Maya Google Daydream dan kami mempunyai aplikasi hartanah VR pertama yang membolehka­n pelanggan melihat prospektif hartanah menerusi kaca mata VR.

“Kami menggunaka­n teknologi digital untuk mengubah cara orang ramai mencari dan melalui pengalaman dalam pencarian hartanah,” katanya, di sini, baru-baru ini.

Fellows berkata, kumpulan itu sentiasa mengenal pasti inovasi dan teknologi baru dalam pasaran hartanah.

“Kami benar-benar percaya bahawa teknologi dan inovasi dapat menjadikan pengalaman pencarian hartanah yang lebih baik dalam kalangan pengguna, namun saya menjangka kaedah itu akan mengambil sedikit masa sebelum VR dilaksanak­an secara meluas.

“Pada masa ini, kami mempunyai perkhidmat­an VR di Australia, namun belum digunakan secara meluas disebabkan kesukaran mendapatka­n peralatan seperti Goggle,” katanya.

Beliau bagaimanap­un membayangk­an teknologi itu boleh didapati di pasaran tempatan tidak lama lagi dan akan diperkenal­kan dalam dua tahun.

Pengurus Besar iProperty Malaysia dan Singapura, Haresh Khoobchand­ani berkata, REA sentiasa meneruskan inovasi teknologi dan perkhidmat­annya untuk memberi pelanggan pengalaman unik dalam pencarian hartanah dalam keadaan berbeza.

 ??  ?? FELLOWS
FELLOWS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia