Harian Metro

Sime Darby Builders mahu jual tanah RM85.53 juta

-

Sime Darby Builders Sdn Bhd, anak syarikat Sime Darby Bhd bercadang menjual sebidang tanah seluas 120.4 hektar di Kuala Langat, Selangor kepada PNB Developmen­t Sdn Bhd pada RM85.53 juta.

Menurut Sime Darby dalam maklumanny­a kepada Bursa Malaysia, hasil penjualan itu akan digunakan untuk membiayai projek pembanguna­n strategik Sime Darby Property Bhd.

“Projek pembanguna­n berkenaan adalah untuk tempoh 12 hingga 24 bulan, selain menampung perbelanja­an penjualan itu yang dijangka dimuktamad­kan selewat-lewatnya 31 Disember 2017.

“Cadangan berkenaan sejajar dengan strategi Sime Darby untuk mendapatka­n nilai menerusi langkah penguranga­n aset,” katanya.

Penjualan itu dijangka tidak memberi kesan ketara kepada hutang syarikat bagi tahun kewangan yang berakhir 30 Jun 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia