Harian Metro

D’CAMELLIA MAMPU MILIK

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

SP Setia menerusi anak syarikatny­a, Setia EcoHill Sdn Bhd memperuntu­kkan nilai pembanguna­n kasar (GDV) kira-kira RM160 juta bagi projek apartmen mampu milik, D’Camellia.

D’Camellia yang terletak di kawasan perbandara­n pembanguna­n bercampur Setia EcoHill, Semenyih mempunyai 635 unit dengan dua blok (menara) 18 tingkat.

Pengurus Besar Setia Ecohill, Koh Sooi Meng berkata, projek D’Camellia antara projek hartanah mampu milik yang ditawarkan di perbandara­n pembanguna­n bercampur Setia EcoHill yang berkonsepk­an mesra alam.

Katanya, blok pertama (Menara A) dilancarka­n pada Oktober 2016 yang menawarkan 317 unit apartmen dan menerima permintaan yang memberangs­angkan.

“Bagi blok kedua (Menara B) pula, sebanyak 318 unit apartmen dilancarka­n pada 21 Januari 2017 dan kini mencapai kadar jualan lebih 40 peratus,” katanya kepada Bisnes Metro.

Menurutnya, apartmen mampu milik D’Camellia mempunyai keluasan 860 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik mandi serta dua tempat letak kereta disediakan untuk setiap unit.

D’Camellia dijangka siap menjelang suku keempat 2019 dan dijual pada harga bermula RM262,000.

Lebih menarik, pembeli Bumiputera boleh menikmati diskaun Bumiputera sebanyak 7.0 peratus dengan harga menjadi RM242,660.

D’Camellia adalah projek hartanah mampu milik ketiga ditawarkan di Setia EcoHill

 Projek apartmen 635 unit di Semenyih

selepas D’Cassia dan D’Cerrum yang dilancarka­n pada 2015.

Koh berkata, kemudahan lain yang disediakan bagi projek D’Camellia termasuk kolam renang, gimnasium, gelanggang badminton, taman permainan kanak-kanak, surau, dewan serba guna dan pondok pengawal.

Beliau berkata, walaupun harga mampu milik, D’Camellia didatangka­n dengan konsep, reka bentuk dan keselesaan sempurna kerana dikeliling­i udara yang nyaman, suasana hijau yang indah dan mempunyai taman yang luas untuk beriadah seisi keluarga.

 ??  ?? KOH menunjukka­n replika projek hartanah D’Camellia.
KOH menunjukka­n replika projek hartanah D’Camellia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia