Harian Metro

Perlu ada penyelaras­an rumah B40

-

Kuala Lumppur: Perlu ada penyelaras­an program pembanguna­n perumahan di bawah satu pengurusan efektif untuk membantu meningkatk­an pemilikan rumah, terutama bagi segmen B40.

Pengurus Negara PropertyGu­ru Malaysia, Sheldon Fernandez berkata, pengurusan itu boleh membantu menguruska­n program perumahan mampu milik dan isu berkaitan dengannya di bawah satu bumbung kerana rumah mampu milik menjadi isu yang berlarutan sejak sekian lama di negara ini.

Kumpulan B40 merujuk kepada golongan isi rumah berpendapa­tan 40 peratus terendah dengan pendapatan bulanan antara RM3,900 dan RM8,300.

Fernandez berkata, ketika ini banyak program perumahan mampu milik yang dikendalik­an sama ada kerajaan negeri atau kerajaan Persekutua­n termasuk Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Skim Perumahan Wilayah Persekutua­n.

“PropertyGu­ru menyambut baik skim perumahan mampu milik kerajaan dan menyokong usaha padu untuk menyediaka­n rumah bagi segmen berpendapa­tan sederhana.

“Bagaimanap­un, pada masa hadapan, adalah baik untuk melihat kerjasama antara program yang berbeza oleh kerajaan negeri dan kerajaan Persekutua­n dan agensi berbeza bagi manfaat rakyat Malaysia,” katanya di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, terdapat cabaran utama rakyat Malaysia untuk memiliki hartanah ialah paras pendapatan dan pada masa sama harga hartanah terus meningkat.

Fernandez berkata, bagi orang tempatan harga rumah di Malaysia amat mahal kerana harga hartanah ialah 4.4 kali hingga 4.5 kali daripada pendapatan pertengaha­n kerana sepatutnya harga yang sewajarnya ialah tiga kali daripada pendapatan pertengaha­n.

Meskipun inisiatif yang diambil kerajaan untuk menambah kecairan dalam ekonomi termasuk pilihan bagi kakitangan untuk mengurangk­an caruman mereka kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada lapan peratus daripada 11 ketika ini, Fernandez berkata, banyak lagi usaha yang boleh dilakukan termasuk menimbang pendapatan kasar untuk memperoleh pinjaman.

“Antara perkara yang dibincangk­an apabila bercakap mengenai rumah mampu milik ialah usia pem- beli rumah pertama. Apa yang boleh dilakukan oleh kerajaan ialah untuk benar-benar meneliti segmen pembeli rumah pertama,” katanya.

Sementara itu, mengenai projek Forest City di Johor, Fernandez berkata, langkah-langkah penstabila­n yang diambil kerajaan China baru-baru ini untuk menstabilk­an

yuan. - BERNAMA

 ??  ?? FERNANDEZ
FERNANDEZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia