Harian Metro

Lelaki tunggang skuter tanpa guna tangan

-

Ningbo (China): Seorang lelaki dirakam dengan tenang menunggang skuter sambil kedua-dua belah tangannya memegang telefon di sebatang jalan raya yang sibuk di sini.

Rakaman video mengejutka­n itu dirakam di Ningbo di wilayah Zhejiang pada awal bulan ini.

Video itu menunjukka­n penunggang skuter berkenaan bersandar di tempat duduk belakang tanpa memegang hendal motosikal.

Dia juga dilihat dengan tenang memandang telefon bimbitnya yang dipegang dengan kedua-dua belah tangannya.

Lelaki berkenaan turut menjeling penumpang sebuah kenderaan yang merakamkan video itu tetapi dia kembali meneruskan aksi bahayanya.

Beberapa pejalan kaki yang berada di tepi jalan juga dilihat memandang lelaki itu kerana terkejut dengan aksinya menunggang skuter tanpa menggunaka­n tangan.

Memakai baju putih dan seluar hitam, lelaki berkenaan dilihat menggunaka­n telefon bimbitnya selama 10 saat sebelum video itu tamat. - Agensi

 ??  ?? GAMBAR menunjukka­n lelaki itu menggunaka­n telefon bimbit sambil menunggang skuter di jalan raya yang sibuk. - Agensi
GAMBAR menunjukka­n lelaki itu menggunaka­n telefon bimbit sambil menunggang skuter di jalan raya yang sibuk. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia