Harian Metro

Duterte lengkap setahun pemerintah­an

-

Manila: Pemerintah­an Presiden Filipina, Rodrigo Duterte genap setahun semalam namun pemimpin itu tetap popular walaupun dasarnya termasuk kempen memerangi dadah serta hubungan luar penuh dengan kontrovers­i.

Duterte dikritik hebat selepas kempen memerangi dadah yang dilancarka­nnya meragut ribuan nyawa dan dia kini berdepan kumpulan militan yang menawan Marawi di selatan negara itu.

Pemimpin berusia 72 tahun itu juga menukar dasar luar dengan mengecam sekutu tradisi, Amerika Syarikat (AS) dan pada masa yang sama menjalinka­n hubungan rapat dengan China serta Russia.

Walaupun pemerintah­an Duterte penuh dengan rintangan, rakyat Filipina masih teguh menyokongn­ya dengan beberapa tinjauan pendapat mendapati 75 peratus berpuas hati dengan prestasi pemimpin itu.

“Rakyat suka lelaki ini,” kata pengarah bahagian sosiologi dan antropolog­i di Universiti Ateneo di Manila, Ricardo Abad yang merujuk gaya pemerintah­an Duterte.

“Rakyat mungkin tidak bersetuju dengan dasar Duterte atau mungkin sikapnya terhadap mereka, tetapi kerana mereka menyukainy­a, rakyat akan cenderung mempercaya­inya,” katanya.

Pihak asing mengetahui keghairaha­n Duterte dalam kempen memerangi dadah selepas pemimpin itu berkata, dia gembira membunuh jutaan penagih dadah.

Bagaimanap­un, ramai rakyat Filipina tidak mengendahk­an kenyataan Duterte itu sebaliknya hanya melihat seorang pemimpin yang rendah diri, menentang golongan berkuasa dan bersimpati dengan nasib rakyat.

Rakyat juga menyokong tindakan ekstrem Duterte untuk membuat perubahan di seluruh peringkat masyarakat yang gagal ditangani pemimpin terdahulu.

“Duterte membawa gaya kepemimpin­an baru yang mungkin rakyat anggap apa yang mereka perlukan,” kata profesor Edmund Tayao, pensyarah sains politik di Universiti Santo Tomas. - AFP

 ??  ?? AKTIVIS membawa pelekat berbentuk ‘emoji’ ketika berarak di Istana Malacanang di Manila sempena ulang tahun pertama pemerintah­an Duterte semalam. - EPA
AKTIVIS membawa pelekat berbentuk ‘emoji’ ketika berarak di Istana Malacanang di Manila sempena ulang tahun pertama pemerintah­an Duterte semalam. - EPA
 ??  ?? DUTERTE
DUTERTE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia