Harian Metro

Tak boleh bawa mekap, buah

-

Hong Kong: Wartawan yang membuat liputan lawatan Presiden China, Xi Jinping ketika perarakan tentera di Hong Kong semalam dilarang membawa 14 kategori barangan termasuk mekap dan buahan kerana disenaraik­an ‘berbahaya.’

Xi melawat lapangan terbang Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) di Hong Kong - antara acara paling dinantikan sempena 20 tahun penyerahan semula bandar itu kepada China oleh Britain.

Menjelang perarakan, wartawan diberi arahan bertulis butiran langkah keselamata­n termasuk 14 kategori ‘akeseori terlarang.’

Ada yang tidak menghairan­kan seperti senjata, pemetik api serta pisau. Namun bahan lain yang lebih pelik turut dikhususka­n.

Sianida, candu, morfin serta heroin dilarang, juga haiwan, tumbuhan, makanan, minuman dan buahan, malah alat kosmetik serta deodoran kerana mengandung­i cecair.

Lebih menyukarka­n untuk wartawan, pen turut dilarang.

Payung dilarang dalam kategori berbeza kerana simbolik pergerakan demokrasi bandar itu pada 2014 yang digelar ‘Revolusi Payung.’ - AFP

 ??  ?? PENYOKONG Xi mengibarka­n bendera ketika bantahan antara golongan pro-Beijing dan penentangn­ya diadakan serentak di Hong Kong. Reuters
PENYOKONG Xi mengibarka­n bendera ketika bantahan antara golongan pro-Beijing dan penentangn­ya diadakan serentak di Hong Kong. Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia