Harian Metro

Desakan tutup Al-Jazeera ancam kebebasan bersuara

-

Geneva: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyelar desakan negara Teluk supaya stesen penyiaran Qatar, Al-Jazeera ditutup kerana dianggap ‘serangan keterlalua­n terhadap hak kebebasan untuk bersuara dan memberi pendapat.’

Penutupan stesen penyiaran itu satu daripada 13 tuntutan terhadap Doha oleh Arab Saudi serta sekutunya sebagai syarat menghentik­an ‘sekatan’ hampir sebulan terhadap Qatar.

Empat negara terbabit memberi Doha 10 hari sehingga 4 Julai ini untuk memenuhi tuntutan berkenaan.

Ketua hak asasi PBB, Zeid Ra’ad Al Hussein menyuaraka­n kebimbanga­nnya dengan desakan supaya Qatar menutup rangkaian Al Jazeera dan badan media bersekutun­ya, kata jurucakapn­ya Rupert Colville.

“Tidak kiralah sama ada anda bersetuju atau tidak dengan pendiriann­ya, rangkaian berita bahasa Arab serta Inggeris Al Jazeera adalah sahih dan mempunyai jutaan penonton,” katanya.

Menurutnya, mana-mana negara yang tidak berpuas hati dengan apa disiarkan rangkaian televisyen negara lain bebas mempertika­ikan atau menyelarny­a.

Sebaliknya, mendesak rangkaian berita ditutup sesuatu yang pelik, tidak pernah dilakukan dan amat tidak masuk akal.

“Jika Qatar mematuhi desakan itu dan menyekat Al-Jaia akan membuka ruang untuk negara lain menyekat hak kebebasan bersuara bukan saja secara domestik malah juga di peringkat antarabang­sa,” katanya.

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir dan Bahrain menggantun­g semua hubungan dengan Qatar pada 5 Jun lalu kerana dituduh menyokong kumpulan pelampau yang dinafikan Doha. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia