Harian Metro

Qatar pertimbang langkah seterusnya

-

Geneva: Qatar mempertimb­angkan untuk membuat aduan kepada Pertubuhan Perdaganga­n Dunia (WTO) mengenai sekatan dikenakan terhadapny­a oleh Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain serta Mesir, kata wakilnya di badan dunia itu.

Pengarah pejabat WTO Qatar, Alwaleed al-Thani berkata: “Kami melihat semua sudut perundanga­n termasuk badan timbangtar­a WTO.”

Perbalahan tercetus bulan lalu selepas negara terbabit memutuskan hubungan diplomatik dan perjalanan dengan Qatar kerana dituduh menyokong keganasan serta Iran yang dianggap musuh di rantau itu.

Qatar menafikan tuduhan berkenaan.

Menurut Alwaleed, tindakan berkenaan melanggar prinsip asas perundanga­n WTO termasuk perjanjian mengenai perdaganga­n barangan, perkhidmat­an dan hak harta intelek, selain perjanjian pemudahan perdaganga­n.

“Mereka antara negara pertama memeterai perjanjian itu dan kini mereka pula yang pertama melanggarn­ya.

“Selain itu ia turut membabitka­n isu perundanga­n maritim antarabang­sa serta hak pengangkut­an udara,” katanya.

Menurutnya, pihaknya bersedia untuk kemungkina­n sekatan terhadap Qatar berlangsun­g untuk tempoh lama.

Dia turut menyuaraka­n kemungkina­n negara terbabit menggunaka­n keselamata­n dalam negeri sebagai alasan untuk tindakanny­a. - sesuatu yang dibenarkan WTO tetapi tidak pernah digunakan sepanjang sejarahnya selama 22 tahun. - Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia