Harian Metro

Daish tiada lagi di Aleppo

-

Daish kini sudah diusir sepenuhnya dari Aleppo selepas mengundur dari beberapa perkampung­an susulan kemaraan tentera rejim, kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), semalam.

Pengarah SOHR Rami Abdel Rahman berkata: “Daish meninggalk­an 17 pekan serta kampung dan kini sudah keluar dari wilayah Aleppo selepas berada di situ sejak empat tahun lalu.”

Tentera rejim semakin mara di sebahagian kecil Aleppo terutama sekitar lebuh raya penting yang menghubung­kannya dengan wilayah Hama di barat daya serta Raqa di timur Syria.

Menurut Rami, kebanyakan kawasan lebuh raya itu dikuasai sepenuhnya tentera rejim pada lewat Khamis menyebabka­n anggota Daish yang ada melarikan diri.

Perkara berkenaan disahkan sumber tentera Syria di Aleppo.

“Operasi tentera masih berterusan dan Daish meninggalk­an Aleppo ke kawasan pedalaman di Hama serta Raqa,” katanya.

Serangan pelbagai penjuru dilancarka­n terhadap Daish di Aleppo sejak awal 2015.

Selain itu, serangan disokong Amerika Syarikat juga sedang dilaksanak­an di Raqa yang dianggap Daish sebagai pusat pentadbira­nnya. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia