Harian Metro

“S ‘SAYA TIDAK KECEWA’

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

aya tak kecewa langsung.” Itu reaksi spontan ketua jurulatih skuad hoki wanita negara Muhammad Dhaarma Raj Abdullah

selepas menyaksika­nnya anak buahnya menamatkan saingan Separuh Akhir Liga Hoki Wanita Dunia di tempat ke-10 sekali gus gagal layak ke Piala Dunia 2018 di London.

Tegas Dhaarma, tiada apa yang perlu dikesali dengan persembaha­n barisan pemainnya kerana ini kali pertama mereka beraksi di pentas separuh akhir bertemu lawan yang jauh lebih hebat serta berpengala­man.

“Semua lawan yang kita

bar kecil)

(gam-

temui terlampau kuat untuk kita. Saya terima dengan hati terbuka bahawa kita memang belum cukup layak untuk ke Piala Dunia.

“Kalau melihat daripada sudut pengorbana­n setiap pemain, memang ada rasa kecewa sedikit.

“Yang penting ialah setiap pemain mempamer peningkata­n cukup ketara dan ia sekali gus mengurangk­an rasa kecewa itu,” katanya.

Tegas Dhaarma, melihat aksi barisan pemainnya sepanjang di Brussels, Belgium, beliau merumuskan bahawa Piala Dunia 2022 adalah sasaran paling realistik untuk skuad negara layak kali pertama beraksi di pentas berprestij itu.

“Kita perlu bermain dalam saingan Piala Dunia Remaja. Lihat bagaimana barisan pemain lelaki kita mendapat pengalaman lebih awal beraksi di kejohanan seperti itu menentang pasukan lebih besar.

“Ini akan memberikan keyakinan kepada mereka apabila berhijrah ke pasukan senior,” katanya.

Tambah Dhaarma, jika Malaysia benar-benar serius mahu meningkatk­an taraf hoki wanita, maka beberapa perkara perlu dilakukan.

“Kita perlu mempunyai liga hoki wanita yang lebih baik dengan pasukan serta pemain import berkualiti.

“Selepas ini kita perlu diberi peluang lebih kerap bermain dengan pasukan kebangsaan yang menduduki ranking 10 terbaik dunia untuk mengatasi faktor ketakutan.

“Selain itu, satu pertanding­an antarabang­sa seperti Piala Sultan Azlan Shah atau Piala Sultan Johor perlu dianjurkan.

 Dhaarma akui lawan terlalu kuat buat skuad negara

“Secara jujur, kita memerlukan antara empat hingga enam tahun lagi untuk menjadi antara pasukan berkelas dunia. Kita sudah buktikan mampu bersaing di Brussels dan ia adalah satu peningkata­n yang luar biasa,” katanya.

Skuad negara menutup kempen di Brussels, Belgium selepas tewas 0-1 kepada Scotland pada perlawanan penentuan tempat ke-9/10 kelmarin.

 ??  ?? AKSI ketika skuad negara (baju putih) menentang New Zealand.
AKSI ketika skuad negara (baju putih) menentang New Zealand.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia