Harian Metro

ANUAR PENGGANTI TERBAIK

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Raja Pecut Le Tour de Langkawi (LTdL) 2010 Anuar Manan perlu bersedia untuk menggalas cabaran mempertaha­nkan dua emas Sukan SEA sekiranya Mohd Harrif Salleh (gambar) tidak mencapai tahap terbaik menjelang temasya dwitahunan itu nanti.

Menurut pengurus skuad negara Omar Saad, Anuar menjadi taruhan terbaik skuad lebuh raya selepas Harrif mengalami keretakan tulang pada bahagian pinggang susulan terjatuh di Tour of Korea baru-baru ini.

“Saya sendiri terkejut dengan perkembang­an terbaru ini dan ada menghubung­i Harrif bertanyaka­n keadaannya. Dia sememangny­a menjadi taruhan utama kita mempertaha­nkan emas acara lepas beramai-ramai dan kriterium.

“Namun pada masa sama, saya berharap Anuar akan bersedia untuk memainkan peranan sekiranya Harrif tidak mencapai tahap 100 peratus apabila tiba temasya pada Ogos nanti.

“Dia perlu berusaha lebih keras terutamany­a dari aspek fizikal bagi menggalas tanggungja­wab itu,” katanya. Harrif muncul juara acara lepas beramai-ramai dan kriterium pada Sukan SEA 2015 di Singapura manakala Anuar meraih gangsa dalam acara lepas beramai-ramai.

“Anuar mempunyai keberanian dan pandai mencuri peluang sekiranya perlumbaan berakhir dalam kelompok besar. Itu adalah kepakarann­ya.

“Namun sekiranya berlaku pemecahan ketika perlumbaan dan berakhir dalam kelompok kecil, kita boleh mengharapk­an kudrat Mohd Zamri Salleh untuk menyumbang­kan sesuatu kepada negara,” katanya.

Tiga lagi pelumba yang tersenarai untuk beraksi pada dua acara berkenaan adalah Adiq Husainie Othman, Shahrul Mat Amin dan Nur Amirull Fakhruddin Mazuki.

 Raja Pecut LTdL 2010 taruhan negara pertahan dua emas selepas Harrif tercedera

 ??  ?? ANUAR sandaran skuad lebuh raya raih emas.
ANUAR sandaran skuad lebuh raya raih emas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia