Harian Metro

Jing Yi intai kejuaraan kedua

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Lumpur: Selepas muncul juara Siri Antarabang­sa Indonesia, Tee Jing Yi

(gambar) cuba mengintai satu lagi kejuaraan selepas berjaya membentuk gandingan mantap bersama pemenang pingat emas Sukan SEA Singapura 2015, Soong Fie Cho.

Menurut pemain kelahiran Pulau Pinang itu, setakat ini proses membentuk gandingan mantap bersama Fie Cho semakin bagus dan mereka bertekad untuk terus mengekalka­n prestasi menjelang Siri Antarabang­sa Malaysia bulan ini.

“Kita akan terus berjuang di Siri Antarabang­sa Malaysia, tapi setakat ini fokus kami hanyalah membentuk gandingan mantap ketika berlatih gelanggang,” kata bekas pemain perseorang­an wanita negara itu.

Jelasnya, antara yang cuba diperbaiki­nya setakat ini ialah dari segi pergerakan di dalam gelanggang agar ia tidak hanya terbatas untuk beberapa kawasan saja.

“Kami masih belum mengetahui undian Siri Antarabang­sa Malaysia dan tidak menetapkan sebarang sasaran. Ia bergantung kepada pasangan lawan yang bakal kami tentang nanti.

“Apa yang penting kami cuba memberikan yang terbaik dan berharap mampu untuk mara ke perlawanan akhir seperti di Indonesia,” kata Jing Yi.

Ditanya mengenai keadaan pasanganny­a, Fie Cho yang menjalani pembedahan di kedua-dua belah lutut, Jing Yi mengaku bahawa pemain kelahiran Sabah itu masih lagi mencari keyakinan dan paling penting boleh bermain dengan lebih tenang.

“Dia masih mencari rentak permainann­ya dan jika berjaya barulah dia mampu beraksi tanpa ada sebarang kegusaran. Saya tidak mahu dia bermain tapi masih berasa takut,” katanya.

Kedua-dua pemain ini masih lagi menanti percaturan yang akan ditetapkan jurulatih Lim Pek Siah namun setakat ini fokus mereka hanya terarah kepada Siri Antarabang­sa Malaysia yang akan berlangsun­g 11 hingga 16 Julai.

Kita akan terus berjuang di Siri Antarabang­sa Malaysia, tapi setakat ini fokus kami hanyalah membentuk gandingan mantap ketika berlatih gelanggang”

Tee Jing Yi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia