Harian Metro

Optimis pertahan emas

-

Kuala Lumpur: Persekutua­n Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) semakin yakin emas berpasukan recurve mampu dipertahan­kan selepas kejayaan meraih gangsa di siri ketiga Piala Dunia, Isnin lalu.

Gandingan Khairul Anuar Mohamad, Haziq Kamaruddin dan Muhammad Akmal Nor Hasrin mempamer persembaha­n luar biasa apabila mara sehingga ke separuh akhir sebelum menundukka­n Mexico 6-2 untuk meraih gangsa pada kejohanan di Amerika Syarikat (AS) itu.

Setiausaha Kehormat NAAM Datuk Abdul Hamid Hasan menjelaska­n ia petanda yang baik menjelang Sukan SEA pada Ogos nanti.

“Ia menunjukka­n mereka semakin yakin dan saya turut percaya prestasi pemanah negara akan bertambah baik menjelang Sukan SEA nanti.

“Tiga pemanah itu menunjukka­n mereka adalah kombinasi terbaik negara ketika ini,” tambahnya.

Tiga pemanah berkenaan akan disertai Muhamad Zarif Syahiir yang disenaraik­an NAAM bagi menggantik­an Mohd Ikram Joni bagi menghadapi Sukan SEA nanti.

“Jadi Zarif perlu bekerja keras sekiranya mahu mencabar trio ini selain bersedia menggalas tugas seandainya berlaku perkara tidak diingini seperti kecederaan,” tambahnya.

 ??  ?? DARI kiri Khairul, Akmal dan Haziq raih gangsa di siri ketiga Piala Dunia.
DARI kiri Khairul, Akmal dan Haziq raih gangsa di siri ketiga Piala Dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia