Harian Metro

N Nine FC anjur Piala Garry, cungkil bakat baru

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor mohdhelmi@hmetro.com.my

Jempol: Kelab Bola Sepak N Nine FC membuka penyertaan kepada 64 pasukan bagi merebut Piala Garry 2017 dalam Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah yang akan berlangsun­g di Padang Awam Majlis Daerah Jempol (MDJL), 16 Julai ini.

Pengerusin­ya, Datuk Seri S Surash berkata, penyertaan terbuka kepada semua pasukan bagi merebut hadiah keseluruha­n berjumlah RM11,000.

Katanya, kejohanan anjuran pihaknya adalah kali keempat bertujuan mencungkil bakat baru dalam bola sepak.

“Kita tahu ramai anak muda boleh bermain bola tetapi tiada medium menonjolka­n bakat mereka. Jadi gunakan kesempatan ini untuk memperagak­an aksi terbaik,” katanya.

Beliau berkata, semua 64 pasukan akan mengharung­i perlawanan kalah mati sepanjang sehari kejohanan.

Katanya, juara akan membawa pulang RM5,000 serta piala diikuti RM3,000, RM2,000 dan RM1,000 di tempat kedua, ketiga dan keempat.

“Bagi penyertaan, setiap pasukan dikenakan yuran RM250. Pada hari kejohanan turut diadakan cabutan bertuah yang menawarkan televisyen, basikal serta hamper,” katanya.

Surash berkata, setiap pasukan perlu memiliki 12 pemain tidak termasuk seorang pengurus. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 14 Julai ini.

Katanya, mereka berminat menyertain­ya boleh menghubung­i Rajan di talian 014-6669901 atau Jayakumar 017-9683321.

Dalam perkembang­an berasingan katanya, N Nine FC dijangka menyertai Liga FAM pada tahun depan.

 ??  ?? PEMAIN N Nine FC bergambar kenangan.
PEMAIN N Nine FC bergambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia