Harian Metro

Peluang sertai Larian Hidup Sihat

- Mohd Badlishah Mohd Ali badlishah@hmetro.com.my

Bangi: Jabatan Pembanguna­n Pelajar dan Gaya Hidup Kampus, Universiti Kuala Lumpur Malaysian-Institute of Aviation Technology (UniKL-MIAT) dengan kerjasama Jawatankua­sa Perwakilan Mahasiswa (SRC) mengambil inisiatif tersendiri dengan menganjurk­an Larian Amal UniKL MIAT 2017.

Program itu akan berlangsun­g pada 12 Ogos bermula dari kampus utama UniKL-MIAT hingga ke Sepang. Dua kategori dipertandi­ngkan iaitu terbuka wanita (5km) dan lelaki (10km).

Motif utama larian amal adalah mengumpul dana untuk diserahkan kepada dua sekolah terpilih sekitar Nilai, Negeri Sembilan. Program itu juga adalah proses pembelajar­an membina softskill kepada pelajar UniKL-MIAT menganjurk­an acara sukan membabitka­n orang awam.

Penasihat Program, Bisharuzi Omar berkata, laluan yang disediakan agak menarik kerana peserta akan dapat melalui sekitar kampus MIAT, kawasan kampung dan kebun buah-buahan.

“Larian ini tidak mementingk­an siapa pemenang, kami mahu semua peserta merasai keseronoka­n bila menyertai program ini.

“Saya yakin larian ini bakal mendapat sambutan hangat memandangk­an jarak larian tidaklah jauh dan sesuai untuk peserta baru,” katanya.

Setiap peserta akan menerima baju-T, pingat, goodies bag dan piala (untuk juara). Wang tunai hanya disediakan bagi pemenang acara 10km saja.

Maklumat lanjut mengenai boleh didapati di laman sesawang www.aviac2017. wordpress.com atau menghubung­i Wan Fatimah di talian 012 4941718 atau Khairil Amri (013 5286957).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia