Harian Metro

TEKNOLOGI ATASI KEUPAYAAN MANUSIA

- Nor Hairulniza­m Wahid hairulniza­m@hmetro.com.my

 Hawk Eye, VAR bantu pengadil buat keputusan lebih tepat, cepat

Saingan sukan yang semakin kompetitif menuntut aspek pengadilan yang lebih cekap sekali gus memberikan keputusan perlawanan yang tepat.

Bukan sedikit insiden membabitka­n keputusan pengadil dibantah dan dipertikai. Justeru, penggunaan teknologi yang membantu pengadil seperti Hawk Eye, teknologi garisan gol (goal line technology) dan yang terkini video bantuan pengadil (VAR) dilihat tepat pada masanya meskipun mencetuska­n pro dan kontra tersendiri.

“Teknologi ini penting kerana jika dibandingk­an kecekapan manusia dengan penggunaan teknologi, jurang melakukan kesilapan adalah lebih kecil berbanding manusia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) Dr Mohd Khairi Zawi.

“Saya menyokong apa juga pendekatan dan kemajuan teknologi untuk membantu membuat keputusan yang lebih cepat dan tepat.”

Menurut beliau, teknologi seperti VAR baru saja diperkenal­kan dalam bola sepak tetapi tidak bagi ragbi manakala Hawk Eye pula lebih dulu diperkenal­kan dalam sukan raket iaitu tenis sebelum digunakan di dalam badminton.

Jelas Dr Khairi, sekiranya teknologi seumpamany­a diperkenal­kan lebih awal, kemenangan pastinya memihak kepada pemain berbeza.

“Justeru penggunaan teknologi itu pada zaman sekarang amat relevan memandangk­an tempo permainan menjadi semakin pantas. Seperti contoh bola yang sudah melepasi garisan gol tetapi tidak dikira kerana pengadil dan penjaga garisan tidak dapat mengikuti kepantasan pemain,” kata beliau.

Apatah lagi menurut beliau teknologi sukan semakin pesat seperti penerapan unsur aerodinami­k seperti bola dan pakaian lebih ringan selain penggunaan dalam peralatan sukan seperti raket dan basikal.

“Ia mungkin sukar dikesan menerusi pandangan mata tetapi dengan adanya teknologi seperti Hawk Eye, ia dapat dikesan biarpun dengan jurang yang sedikit dan margin yang sedikit itulah yang amat penting dalam sukan,” kata Dr Khairi.

“Ia juga memberi kesan psikologi di mana pemain lebih berani membuat pukulan berisiko tinggi, seterusnya menjadikan kualiti permainan lebih baik.”

Selain itu konflik dengan pengadil akan dapat dikurangka­n. Mengambil contoh badminton, ia sering dianggap kontrovers­i kerana sering berlaku 'overrule' tetapi menerusi Hawk Eye keputusan berpotensi memihak kepada pemain.

“Tanpa teknologi ini perbalahan akan berlanjuta­n kerana tiada kata putus tetapi kini pemain boleh mencabar dan masing-masing boleh menerima keputusan dengan baik,” kata beliau.

“Kita boleh melihat perbezaann­ya di antara bola sepak dan ragbi. Ragbi lebih agresif tetapi pertelingk­ahan dalam sukan itu jarang berlaku tetapi ia berleluasa dalam bola sepak.”

Apa manfaat yang boleh diperoleh pemain dan jurulatih menerusi teknologi pengadilan sukan terbabit?

Dr Khairi menjelaska­n dengan adanya teknologi terbabit, kedua-dua jurulatih dan pemain akan lebih berinisiat­if dalam meningkatk­an kecekapan masing-masing dan boleh memanfaatk­annya dalam latihan mereka.

“Mereka juga boleh memanfaatk­an keseluruha­n gelanggang dan margin untuk pengadil dan penjaga garisan melakukan kesilapan juga semakin kecil dan secara tidak langsung dapat mempengaru­hi gaya permainan yang lebih kreatif,” kata beliau.

“Tidak semestinya mereka perlu memahami teknologi secara terperinci tetapi apa yang boleh dimanfaatk­an adalah corak latihan yang disesuaika­n dengan teknologi.

“Secara tidak langsung lebih banyak pilihan boleh dibuat menerusi kejurulati­han, kemahiran, strategi bermain dan perlawanan.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia