Harian Metro

LOEW PUJI AKSI JERMAN

 Jurulatih itu gembira dengan persembaha­n mantap anak buah

- Sochi, Russia

Joachim Loew memuji persembaha­n menakjubka­n Jerman selepas anak buahnya menang 4-1 ke atas Mexico di separuh akhir Piala Konfederas­i dan berkata kelompok pemain muda itu memiliki kekuatan yang cukup untuk menewaskan Chile di final nanti.

Loew memilih untuk tidak membawa pemain bintangnya ke Piala Konfederas­i tetapi pemain muda Jerman membuktika­n bahawa mereka juga layak dihormati selepas menempah tiket ke final yang akan berlangsun­g di St Petersburg, Isnin ini.

Pemain tengah Leon Goretzka, 22, meledak dua gol dalam tempoh lapan minit pertama pada perlawanan menentang Mexico.

Timo Werner, 21, menjadikan kedudukan 3-0 sebelum rehat sebelum Marco Fabian merapatkan kedudukan buat Mexico menerusi sepakan percuma dan pemain gantian Amin Younes, 23, meledak gol keempat Jerman.

“Sejak awal kejohanan, pemain beraksi mengikut semua perancanga­n. Kami mendominas­i permainan dan bijak menggunaka­n sepenuh peluang,” kata jurulatih Jerman Loew.

“Mereka cuba mengasak kami pada awal babak kedua dan perkara itu sudah dijangka tetapi kami tidak mudah menyerah begitu saja. Secara keseluruha­n, 4-1 adalah keputusan yang sangat hebat.

“Kami memang mahu melangkah jauh tetapi kami tidak pernah menyangka bahawa kami akan ke final dengan pemain muda ini.”

Selepas Jerman seri 1-1 dengan Chile di peringkat kumpulan, Loew berkata, anak buahnya tidak lagi sabar untuk menewaskan juara Copa Amerika itu di final.

“Chile adalah lawan paling kuat dalam kejohanan ini. Kami sedar dengan kehebatan mereka dan kami sudah jangka bahawa mereka akan ke final,” kata Loew.

“Mereka akan bermain bermati-matian dan kami perlu bijak mengekang setiap pergerakan pemain mereka.

“Banyak yang boleh pemain saya pelajari di kejohanan ini. Mereka ke final dengan pengalaman yang tidak seberapa tetapi saya kagum dengan cara mereka bertindak balas.

“Kami mula menjadi satu pasukan mantap sejak beberapa minggu lalu. Suasana di bilik persalinan juga sangat hebat tetapi mereka masih belum berada di kemuncak lagi.

“Mereka sedar bahawa tugasan berat menanti di depan dan anak buahnya saya bercita-cita tinggi untuk mengalahka­n Chile.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia