Harian Metro

Pasukan kaya-raya atau pengurusan tak tahu pasal bola

- Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

SAINGAN baki sembilan perlawanan Liga Super akan bersambung semula minggu ini dengan harapan tinggi buat 12 pasukan terutama sekali yang sudah mengorak langkah memperbaik­i kesilapan yang dilakukan pada pra musim. Namun, daripada 12 pasukan ini, hanya Kedah yang kekal dengan barisan pemain import sama.

Sebelas lagi pasukan akhirnya mengaku bahawa pemain import serta jurulatih yang dipilih pada pra musim tidak bagus. Pemain import serta jurulatih yang dibayar gaji serta pampasan lumayan kini turut diganti.

Kalau dikaji betapa ramai pemain import digantikan selepas separuh musim pertama maka jelas bahawa pasukan bola sepak tempatan adalah kaya raya atau pengurusan­nya tak tahu pasal bola.

Untuk memperbaik­i kesilapan yang dibuat maka terpaksa balik semula ke pangkal jalan di pertengaha­n musim.

Pasukan Johor Darul Ta'zim (Johor DT) kukuh di tangga teratas Liga Super dan ketiadaan Jeronimo Barrales dan Brian Ferreira tidak dirasai peminat Harimau Selatan kerana gagal meninggalk­an kesan di Liga Super.

Ketiadaan Hariss Harun pula meninggalk­an jurang yang besar di bahagian tengah. Bahagian tengah sudah tidak mempengaru­hi perlawanan serta meninggalk­an barisan pertahanan tanpa benteng yang utama dan jelas bek tengah pasukan Johor DT kurang selesa dengan situasi itu.

Siapakah pemain penyerang yang paling buruk di separuh saingan Liga Super? Sudah tentu nama Bright Dike menjadi pilihan kerana amat mengejutka­n bagaimana pemain itu boleh beraksi di Malaysia.

Tetapi Pahang pula memiliki Yamil Romero yang boleh menjadi ‘playmaker’ terbaik di Liga Super. Kita sudah dapat lihat kebolehan pemain tengah ini di perlawanan akhir Piala FA menentang Kedah. Dia bangkit dengan begitu baik di separuh masa kedua menerusi kebolehan membuat hantaran mengkucar kacirkan pertahanan lawan.

Jurulatih FELDA United B Sathianath­an pula terpaksa melakukan rombakan kerana pemain import yang ada hanya mampu meletakkan pasukan bimbingan sebagai salah satu pasukan pilihan turun ke Liga Perdana. Bekas jurulatih kebangsaan itu cepat membuat penilaian dan kita tidak lagi seksa menyaksika­n Gaston Cellerino, Mootaz Jounaidi serta Lucas Cano. Pulau Pinang pula menyedari bahawa pemain import pilihan bekas pemain belia Manchester United Ashley Westwood hanya menjanjika­n tiket ke Liga Perdana musim depan. Kita harus puji kepekaan pengurusan Pulau Pinang yang kini memberi sokongan kepada Zainal Abidin Hassan untuk memastikan status Liga Super tidak tercicir.

Dua pemain pertahanan Reinaldo Lobo dan Andy Russel bersama pemain tengah bertahan Diogo Ferreira digantikan dengan seorang pemain pertahanan, Brandon MacDonald serta dua pemain penyerang iaitu Sanna Nyiassi dan Mark Hartmann. Jelas bagaimana seorang jurulatih yang mencipta nama sebagai antara pemain terbaik di arena antarabang­sa mewakili pasukan Malaysia, mempunyai cara pemikiran yang berbeza dari bekas pemain belia Manchester United.

Pulau Pinang mempunyai kelebihan tidak beraksi di Piala Malaysia untuk mengelak dari tercicir ke Liga Perdana. Apa yang penting corak persiapan menghadapi perlawanan liga dengan pemain yang cergas akan menentukan potensi pasukan ini.

Sementara itu, PKNS FC pula sudah hilang keyakinan dengan pemain Argentina dan sudah ketepikan Lucas Espindola dan Gonzalo Soto. Kedua-dua pemain yang tidak mencapai tahap yang dikehendak­i jurulatih E Elavarasan. Seorang jurulatih yang pasti kecewa dengan pemain penyerang serta pemain pertahanan yang gagal menunjukka­n prestasi seperti Gabriel Guerra.

Keputusan perlawanan seperti kemenangan 5-3 ke atas pasukan Selangor serta seri 4-4 dengan pasukan Kedah menjadi tanda bahawa pasukan PKNS perlu lebih berwaspada agar tidak kehilangan identiti.

Menurut statistik yang ada, daripada 48 pemain import yang didaftarka­n sebelum bermula Liga Super 2017, 24 pemain sudah menukar pasukan atau terus meninggalk­an Liga Super.

Ini menyaksika­n 50 peratus pertukaran pemain! Angka ini agak melampau dan menunjukka­n bahawa bola sepak Malaysia mengharapk­an keputusan segera tanpa mengambil kira implikasi kewangan ke atas persatuan atau kelab.

 Almeida senarai barisan terbaik hadapi

PKNS FC di Shah Alam

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia