Harian Metro

AKSI GETIR

-

wan.

“Cuma saya mengharapk­an pemain mampu mempraktik­kan apa yang direncana pada sesi latihan ketika perlawanan bagi memenuhi hasrat meraih mata penuh,” katanya.

Almeida berkata, PKNS bukan lawan mudah, justeru pemain harus menggunaka­n semua perencanaa­n yang diatur untuk memburu jaringan mahupun ketika mempertaha­nkan kubu pasukan.

Sementara itu, pengurus Melaka Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, pemain harus membuktika­n kelibat mereka amat berbaloi selepas pasukan mempertaru­hkan lapan muka baru sempena jendela perpindaha­n pemain baru-baru ini.

Katanya, tidak kira mereka muka baru atau pemain yang dikekalkan, apa yang penting barisan yang digabungka­n kali ini mampu beraksi pada tahap terbaik untuk meraih kemenangan.

Menurutnya, walaupun beraksi di gelanggang lawan namun ia bukan halangan buat anak buah Almeida memberikan yang terbaik menerusi penampilan berbeza daripada pusingan pertama lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia