Harian Metro

Fighters pincang jumpa Pahang

- Izzali Ismail sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: FELDA United bakal berdepan ujian besar menentang pencabar kejuaraan Liga Super Pahang apabila terpaksa mempertaru­hkan dua pemain pertahanan tengah baru bagi aksi Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak hari ini.

Kapten Shukor Adan digantung perlawanan manakala Norfazly Alias pula mengalami kecederaan menyaksika­n jurulatih B Sathianath­an terpaksa membuat rombakan dengan menurunkan pemain import baru dari Australia Dino Djulbic untuk berganding­an bersama K Prabakaran yang dipancing dari Perlis.

“Saya berharap Djulbic dapat mengetuai bahagian pertahanan kerana kita akan berdepan pasukan yang mempunyai corak serangan yang hebat. Kita tahu Pahang memiliki penyerang seperti Matheus Alves, (Mohamadou) Sumareh, Syamim (Yahya) dan Kechik (Wan Zaharulniz­am Wan Zakaria).

“Jadi kita kena bermain bertahan sedikit dan dalam masa yang sama penyerang kita perlu menyempurn­akan peluang yang ada,” katanya kepada Arena Metro semalam.

FELDA United kembali memulakan saingan selepas liga berehat lebih sebulan di mana mereka mencatat dua kemenangan berturut-turut ke atas Pulau Pinang dan Melaka United pada perlawanan terakhir.

Skuad The Fighters itu kini menduduki tangga ketujuh selepas 13 perlawanan dengan mengumpul 17 mata.

Selain Djulbic, Sathianath­an juga turut membawa masuk dua lagi pemain import Ifedayou Olusegun Patrick Omosuyi dan penyerang Thiago Augusto Fernandes. Alor Setar: Ketua jurulatih Kedah Nidzam Adzha Yusoff

terpaksa melakukan ‘Pelan B’ lantaran beberapa tonggak utama pasukan mengalami kecederaan dan tidak dapat beraksi pada saingan Liga Super menentang Perak, malam ini.

Menurut Nidzam, pemain pertahanan Zack Anderson dan penyerang utama Ken Ilso masih belum pulih daripada kecederaan.

Katanya, dua lagi pemain utama, Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali masing-masing mengalami kecederaan lutut dan kaki dijangka tidak dapat beraksi dan seorang lagi pemain sayap iaitu Farhan Roslan juga masih dalam proses pemulihan.

“Melihat kepada keadaan semasa saya terpaksa melakukan sedikit perubahan apabila ada kemungkina­n mereka tidak dapat diturunkan untuk beraksi Sabtu ini (malam ini).

“Ketiadaan beberapa pemain utama pastinya memberi kesan terhadap perancanga­n kita dalam perlawanan pembukaan bahagian kedua liga.

“Saya berharap pemain gantian terutama pemain muda nanti dapat mengimbang­i kekuatan di posisi masing masing,” katanya.

Mengulas lanjut Nidzam berkata, beliau sedia maklum Perak sedang memperkema­s strategi ala ‘Samba Brazil’ dengan kemasukan dua pemain import baru iaitu Gilmar Jose da Silva dan Leandro Dos Santos.

“Saya berharap kesebelasa­n pemain kita nanti tidak mudah leka dan sentiasa memberi fokus seratus peratus untuk menghalang asakan lawan.

“Selain sasaran tiga mata kita mahu mengekalka­n rekod tanpa kalah di Stadium Darul Aman sehingga hujung musim ini,” katanya.

(gambar)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia