Harian Metro

J USAH CICIR MATA

- Asrol Awang sukan@hmetro.com.my

urulatih Pahang Dollah Salleh mengaku skuad bimbingann­ya tidak boleh terlepas mata apabila bertemu FELDA United FC di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Maran, malam ini.

Bekas pemain kebangsaan itu mahu pemainnya memberikan sepenuh komitmen bagi memastikan Tok Gajah meraih tiga mata dalam usaha memberi tekanan kepada pendahulu Liga Super Johor Darul Ta’zim (Johor DT).

Katanya, tiada yang lebih penting buat skuad itu selain menewaskan The Fighters jika mahu mengejar kedudukan terbaik terutama mengurangk­an jurang mata dengan skuad Harimau Selatan.

“Saya harap pemain beraksi dengan baik bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Pahang untuk mengelak ketinggala­n mata lebih banyak dengan Johor DT.

“Apa yang perlu dilakukan pemain adalah beraksi dengan baik dan memanfaatk­an segala peluang biarpun FELDA United akan memberikan tentangan sengit,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Dollah yang juga bekas jurulatih kebangsaan berkata, sesi latihan di padang sintetik di sini, diharap membantu memperkema­skan persefaham­an dalam kalangan pemain termasuk kecergasan.

Katanya, kecergasan bukan fokus utama sebaliknya sesi latihan selepas Aidilfitri lebih kepada membentuk percaturan terbaik dalam usaha memburu kemenangan.

“Saya tidak boleh katakan tahap kecergasan pemain

 Dollah mahu pemain beri komitmen penuh hadapi Johor DT

berada pada prestasi terbaik tetapi mereka (pemain) diharap mempamerka­n komitmen tinggi untuk menyekat tuan rumah daripada meraih kemenangan,” katanya.

Sementara itu, pemain tengah Pahang Ahmad Syamim Yahya berkata, mereka tidak boleh kehilangan mata kerana ia akan menyukarka­n Tok Gajah mengejar Johor DT dalam memburu kejuaraan liga.

“Tapi, kami perlu fokus memandangk­an FELDA United tampil dengan tiga import baru yang pasti memberikan kelainan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia