Harian Metro

Razman risau momentum pasukan

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kapten Selangor Razman Roslan

tidak rela pasukannya keciciran mata dalam usaha mengukuhka­n kedudukan dalam Liga Super meskipun mengakui aksi menentang T-Team di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang (MPS) malam ini cukup mencabar selepas berehat lebih sebulan.

Pemain pertahanan berusia 32 tahun itu berkata, mereka sudah melakukan persiapan rapi untuk meneruskan perjuangan dalam baki sembilan perlawanan

(gambar)

liga apatah lagi jadual padat sembilan perlawanan termasuk Piala Malaysia bulan ini.

“Kita akan memulakan saingan bermain di laman sendiri jadi kita memang mahukan tiga mata. Dengan kemasukan beberapa pemain baru ini saya percaya pasukan Selangor bertambah baik,” katanya kepada Arena Metro semalam.

Skuad Red Giants kendalian P Maniam kini menduduki tangga keenam selepas 13 perlawanan dengan mengumpul 17 mata, dipintas Kelantan yang mendapat semula tiga daripada enam mata yang dipotong selepas rayuan mereka diterima oleh Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) sebelum ini.

Razman berkata apa yang sedikit membimbang­kannya adalah kesukaran untuk mengekalka­n momentum selepas lama tidak beraksi.

“Mungkin masalah momentum sebab liga kita berhenti agak lama, mungkin prestasi tak capai apa yang kita nak, tapi sebagai pemain kita semua harus bersedia dan memberikan aksi terbaik.

“Kita juga tidak tahu sejauh mana kekuatan T-Team kerana mereka juga ada membuat pertukaran pemain,” katanya.

Perlawanan malam ini juga bakal menyaksika­n penampilan pertama penyerang import baru Selangor Rufino Segovia manakala T-Team mempertaru­hkan Joseph Yannick Ndjeng.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia