Harian Metro

Syawal Detik Untuk Bersama Famili

-

Bergelar selebriti tidak bermakna rutin harian mereka perlu tampil glamor setiap masa. Meskipun sudah dikenali ramai, penyanyi Hael Husaini dan Ismail Izzani mengakui kadangkala selesa menjadi diri sendiri.

Buktinya sambutan Aidilfitri lalu diraikan seperti orang lain. Baik Hael mahupun Ismail, mereka tidak mahu membataska­n diri untuk menikmati keindahan Syawal itu bersama keluarga.

Malah Hael dan Ismail berasa lebih seronok menghabisk­an masa bersama sanak saudara yang jarang ditemui.

Bagi Hael yang popular menerusi lagu Jampi, dia tidak pernah menjadikan status popular sebagai satu tekanan untuk tidak pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri.

“Banyak orang beranggapa­n artis kalau pulang ke kampung perlu menjaga ‘standard’ dan kelas masingmasi­ng. Mungkin ada yang bersikap sebegitu tetapi itu bukan cara saya. Bagi saya raya bukan masa nak menonjolka­n pekerjaan atau status diri.

“Oleh itu, saya lebih selesa bersikap terbuka dan menjadi diri sendiri. Saya lebih puas dan seronok tanpa perlu berpura-pura.

“Kalau nak tahu, di kampung saya mereka jenis tak kisah. Sama ada artis atau tidak, mereka tak pernah nak ambil peduli. Disebabkan itu saya tak tertekan malah bebas ke mana saja. Pendek kata mereka menerima saya seadanya,” katanya.

Hael yang pulang beraya ke Negeri Sembilan baru-baru ini berkongsi yang dia masih mengekalka­n tradisi berjalan kaki berkunjung ke rumah jiran dan sanak saudara.

“Dari kecil sehingga sekarang itu memang cara saya. Bermula tengah hari saya sudah mengatur langkah berkunjung ke rumah jiran, rakan dan saudara-mara. Saya memilih berjalan kaki sebab nak merasai suasana kampung.

“Tak ada apa yang perlu dimalukan kerana saya jalan kaki beramai-ramai. Memang seronok

Untuk pertama kali juga saya akan memberikan duit raya kepada anak buah. Memang teruja kerana selalunya saya yang menerima tapi kali ini

saya pula memberi

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia