Harian Metro

Jendela perpindaha­n peluang mantapkan pasukan

-

Tidak dinafikan, pemain import memberi impak sangat besar kepada setiap pasukan dalam Liga Malaysia. Jadi, tidak hairan, sebaik sahaja pintu perpindaha­n kedua dibuka pada 15 Mei hingga 11 Jun lalu, beberapa pasukan terutama yang berada pada zon bawahan liga menggunaka­n kesempatan ini untuk membuat rombakan.

Di kaki pemain import baru inilah disandarka­n harapan untuk mengubah nasib pasukan bagi menghadapi baki saingan liga yang bersambung pada hari ini.

Kedah adalah satu-satunya pasukan yang tidak berminat merombak pasukan dengan mengekalka­n semua pemain importnya walaupun pemain pertahanan dari Australia, Zac Anderson dilaporkan cedera.

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (Johor DT) membuka langkah sebaik sahaja pintu perpindaha­n dibuka, membeli penyerang Kelantan, Mohammed Ghaddar dengan bayaran yang dilaporkan paling tinggi dalam sejarah bola sepak Malaysia.

Ghaddar, pendahulu carta penjaring terbanyak dengan 18 gol menggantik­an Brian Ferrera yang dihantar ke pasukan pelapis, Johor DT II. Agak menarik untuk melihat sejauh mana pemain Lubnan ini mampu mengekalka­n reputasiny­a sebagai penjaring prolifik yang dinikmati sepanjang bersama Kelantan musim ini.

Johor DT juga menambah kekuatan pasukan dengan membawa masuk pemain naturalisa­si, Nexto Insa yang berpengala­man beraksi dalam La Liga.

Pahang pula hanya membuat satu pertukaran dengan mempertaru­hkan harapan kepada pemain import Argentina, Yamil Romero, menggantik­an

Bright Dike. Walaupun diturunkan dalam final Piala FA menentang Kedah namun pemain berusia 21 tahun itu belum menampakka­n bisanya.

Selangor seperti dijangka, kembali mendapatka­n sentuhan Andik Vermansyah sambil menggugurk­an

Victor Astafei. Namun, agak memeranjat­kan mereka turut menggugurk­an Juliano Mineiro, digantikan pemain asal Sepanyol, Rufino Segovia.

Agak menarik untuk melihat bagaimana jurulatih P Maniam yang selesa dengan formasi 3-4- 3 bakal mengubah taktikal dengan kemasukan Andik dan Amri Yahyah yang dilihat amat efektif sebagai pemain sayap.

Pasukan Kelantan ternyata kempunan sepanjang tempoh perpindaha­n ini kerana dilarang oleh Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) mendaftar pemain import idaman mereka, L’Imam

Seydi dari Perancis kerana masih gagal melengkapk­an proses pendaftara­n seperti ditetapkan.

Ini bermakna, The

Red Warriors hanya akan bergantung pada Abou Bakr Al-Mel yang menggantik­an Ghaddar di barisan serangan selepas Alessandro Celin turut digugurkan.Malang bertimpa ini dijangka akan merencatka­n saingan Kelantan yang turut dipotong tiga mata gara-gara kemelut kewangan yang melanda pasukan itu.

Sebuah lagi pasukan

Pantai Timur, T-Team nampak selesa dengan barisan yang ada sekarang apabila hanya membuat satu pertukaran, Yannick N’Djeng menggantik­an Farhod Tadjiev.

Apa yang menarik, beberapa orang pemain yang pernah beraksi di sini turut kembali dalam radar Liga Malaysia. Thiago Augusto memang nama yang tidak asing lagi kepada peminat bola sepak negara ini selepas meninggalk­an impak besar semasa menyarung jersi FELDA United (2015) dan Kedah (2016).

 ??  ?? MOHAMMED Ghaddar
MOHAMMED Ghaddar
 ??  ?? ABOU Bakr
ABOU Bakr

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia