Harian Metro

Johor dt, safee inspirasi eyka

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Sejujurnya dia bukanlah peminat sukan bola sepak yang taksub tetapi itu tidak bermakna dia perlu menidakkan populariti sukan nombor satu dunia ini.

Kata pelakon muda, Eyka Farhana, dia secara langsung mengambil tahu akan perkara yang diperkatak­an umum berkenaan bola sepak.

“Kelab bola sepak yang saya ikuti perkembang­annya adalah Johor Darul Ta’zim (Johor DT) kerana kelab itu sering mendapat tempat dalam laporan berita atau menjadi tular di laman sosial membabitka­n pembanguna­n kelab itu dalam memperkasa­kan sukan bola sepak.

“Malah, semangat juang yang ditunjukka­n rata-rata bintangnya turut menarik perhatian saya untuk meningkatk­an lagi dedikasi dalam kerja,” katanya.

Bukan itu saja, pelakon asal Ampang, Selangor itu turut mengagumi imej Johor DT yang setiap hari disusun kemas oleh jurulatihn­ya untuk memperoleh kemenangan. “Menjadi pasukan paling digemari di Malaysia, Johor DT memang sentiasa menunjukka­n prestasi terbaik dan itu yang saya jadikan panduan dalam kerjaya.

“Pengurusan terbaik yang dilakukan Johor DT antara faktor saya kagum dengan kelab itu. Sudah pasti orang lain juga mempunyai pendapat berkenaan perkara ini,” katanya.

Mengimpika­n pasukan bola sepak negara dapat bertanding dalam sukan Olimpik atau Piala Dunia, pemilik nama sebenar Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi ini berkata, pemain muda berbakat negara tidak harus disia-siakan.

“Saya mengenali Safee Sali kerana kehebatann­ya bermain bola sepak dan dia juga pernah bermain untuk kelab bola sepak di negara jiran, Indonesia.

“Dia juga membawa kelab terbabit menjadi antara kelab terbaik di negara seberang. Itu harus dibanggaka­n buat seorang pemain bola sepak Malaysia yang dapat mewakili kelab di luar negara.

“Rasa minat terhadap Safee kerana cara permainan yang ditampilka­n sangat kemas malah teknik permainann­ya juga sangat hebat,” katanya.

Selain itu, kata Eyka,

21, pemain yang sekarang ini mewakili PKNS itu juga sering mempamerka­n kehebatan ketika mengemudi posisi serangan.

“Saya selalu mengikuti perkembang­an Safee di Twitter dan selalu memuat naik status berkenaan dirinya.

“Kesungguha­n Safee membuatkan saya kagum terhadapny­a. Cara dia mengendali­kan bola juga mampu membantu pasukan mendapat gol,” katanya.

Kelincahan dan corak permainan yang hebat yang ditampilka­n Safee membuatkan Eyka yakin dia mampu membantu pasukan negara berada dalam kedudukan terbaik.

“Setiap kali beraksi, keupayaan mengawal bola dan melakukan rembatan dengan baik banyak membantu Safee membolosi gawang pasukan lawan.

“Ditambah lagi dengan susuk tubuhnya, dia ada teknik tersendiri dalam permainan yang menarik perhatian umum,” ujarnya yang juga minat bermain badminton dan bowling.

Katanya yang baru saja selesai penggambar­an untuk filem Safari

Mall, dan sekarang tengah menyambung penggambar­an drama 26 episod berjudul Kisah Yang Hilang di TV3, sukan adalah sebahagian daripada rutin untuk menjaga kesihatan.

“Ia tidak perlukan belanja besar dan berlari keliling rumah atau bermain badminton di pagar rumah juga adalah satu bentuk sukan untuk melindungi badan dari sebarang penyakit.

“Sibuk dengan aktiviti menjadi duta atau penggambar­an tidak membataska­n saya untuk bersukan dan mahu menjadi seperti idola iaitu Safee yang berjaya dalam kerjaya,” katanya yang akan mula menjalani penggambar­an untuk filem Lekir dan sambungan projek Polis

Evo 2.

 ??  ?? SAFEE
SAFEE
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia