Harian Metro

Dalila yakin perak bangkit

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Letakkan pemain di posisi yang betul untuk mencipta peluang bagi menghasilk­an keputusan positif, luahan dari peminat setia Perak Dalila Ahmad Anajmi selepas melihat pasukan bimbingan Mehmet Durokovic itu masih lagi terumbang-ambing dalam saingan Liga Super.

Menurutnya, The Bos Gaurus masih kurang stabil kerana jurulatih import itu masih belum mengenali pemain dengan lebih tepat sehingga menyebabka­n rentak di atas padang sedikit terganggu.

“Kita dapat lihat contoh sebelum ini di mana gandingan antara Khalid Jamlus dan V Saravanan sangat mengagumka­n apabila kedua-duanya mengetahui kelebihan serta kelemahan antara satu sama lain. Ia membuatkan keduaduany­a berjaya memberikan persembaha­n luar biasa,” katanya.

Dalila yang berusia 24 tahun mengakui bahawa musim lalu Perak mempunyai rangkaian pertahanan mantap namun tumpul di barisan depan, sebelum ia berjaya diselamatk­an oleh bekas jurulatih, Karl Heinz Weigang.

“Ketiadaan Weigang pada 2017 nampak dari segi taktikal tahun ini agak huru-hara. Ramai sangat kehadiran pemain bintang tapi ia masih tidak seimbang. Pertahanan menjadi sangat lemah dan banyak keputusan seri dicatatkan walaupun penyerang mampu menjaringk­an gol.

“Bagaimanap­un, tidak kira Perak tengah jatuh atau bangun kami sebagai penyokong tetap setia bersama sampai mati.

Dalam masa sama kami pun inginkan kepuasan dan mengharapk­an Perak akan julang setidak-tidaknya satu piala,” katanya.

Dalam pada itu, Dalila juga mengharapk­an pemain yang ada mampu memperbaik­i kemahiran individu masing-masing seperti menampan bola dan melakukan hantaran tepat.

“Pemain selalunya tersilap melakukan hantaran kepada pemain lawan. Jika bermain hantaran jauh selalunya tidak menjadi dan kalau boleh setiap pemain perlu berlatih menjaringk­an gol melalui sepakan percuma. Ia adalah salah satu cara mudah untuk mencatat kemenangan tapi mungkin tiada latihan khas ia selalunya tidak menjadi.

“Akhirnya ada seorang yang betul-betul berpangala­man menjadi pengurus pasukan iaitu Ahmad Shahrul Azhar Sofian dan saya percaya pengalaman­nya sebagai bekas ketua pasukan Perak serta skuad kebangsaan akan banyak membantu memperting­katkan lagi prestasi The Bos Gaurus,” katanya.

Mengenai kehadiran tonggak import baru menggantik­an yang kurang menyerlah, Dalila mengakui bahawa kehadrian mereka adalah untuk memperkuat­kan pasukan tapi jika ia sama seperti pemain tempatan ia tidak membawa sebarang makna.

“Saya sangat berharap kehadiran import baru akan mampu beraksi pada tahap maksimum seperti mana yang dilakukan oleh Laszlo Repasi, Keita Mandjou dan Paolo Rangel,” katanya.

Gadis kelahiran Gerik ini seakan tidak mampu melupakan prestasi luar biasa Rangel di atas padang sehingga menjadikan tonggak kelahiran Brazil itu sebagai idola, manakala pemain tempatan pula dia lebih terarah kepada bintang tempatan Kedah, Baddrol Bakhtiar.

 ??  ?? DALILA bersama penyokong wanita Perak di Stadium.
DALILA bersama penyokong wanita Perak di Stadium.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia