Harian Metro

Saingan liga super dijangka terus sengit

-

Tidak pasti apakah masih ada lagi taktik ‘cerita simpan’ di kalangan penulis bolasepak media tempatan pada musim perayaan, khususnya sempena Hari Raya Aidilfitri. Penulis takut telinga berdesing ditegur bos akibat ‘kering’ tanpa sebarang bahan berita kerana sibuk nak cuti beraya!

Saya yakin mengeluark­an cerita simpan sewaktu

Raya tidak kronik seperti dulu kerana sekarang ini begitu banyak sumber dan isu bolasepak Malaysia, di samping teknologi canggih untuk memastikan bahan mudah digarap secara ‘real time’.

Malah, sifat berlumbalu­mba di kalangan laman media sosial untuk menyiarkan bahan cerita terbaru bola sepak domestik dan antarabang­sa, menjadikan Ramadan dan Syawal semakin pantas berlalu setiap tahun.

Selain kecekapan, aksi pantas juga menjadi kunci utama pihak pengurusan, jurulatih dan pemain untuk mengembali­kan prestasi terbaik pasukan masing-masing apabila Liga Super disambung untuk perlawanan ke-14, malam ini.

Rehat hampir enam minggu yang serba mencabar buat semua pasukan, termasuk kesibukan mengenalpa­sti pemain import baru pada jendela perpindaha­n kedua.

Dengan baki lapan perlawanan yang tinggal selepas aksi malam ini, daya saing serta suasana harmoni sepasukan antara elemen penting untuk pasukan pencabar mengejar kejuaraan Liga Super yang dipegang Johor Darul Takzim Johor DT pada musim 2014, 2015 dan 2016.

Berbanding langkah cemerlang dan selesa merangkul rekod hatrik juara Liga Super, misi Johor DT memburu kejuaraan keempat berturut-turut dilihat lebih berliku, khususnya berdasarka­n dua kali pertukaran jurulatihn­ya.

Barangkali ada segelintir penyokong Harimau

Selatan mula sangsi tentang kemantapan dan semangat sepasukann­ya. JDT dilihat begitu terancang ketika kendalian Mario Gomez hingga mencipta rekod tanpa sebarang kekalahan dalam 22 perlawanan Liga Super musim lalu.

Kemasukan saat akhir Benjamin Mora yang menggantik­an Gomez dua hari sebelum bermulanya

Liga Super 2017, pula tidak kekal semusim apabila khidmat jurulatih dari Mexico itu dikembalik­an semula kepada Johor DT II.

Kini iurulatih dari Portugal, Ulisses Morais yang dilantik seminggu sebelum Aidilfitri, menjadi sandaran terbaru sekalipun penyokong tegar Johor DT dijangka terus membanding­kan prestasi musim ini dengan kecemerlan­gan di bawah Gomez.

Namun, Ulisses dan barisan Johor DT dijangka tiada masalah besar untuk mencatat kemenangan ke-10 musim ini apabila berdepan pasukan tercorot, Pulau Pinang di Stadium Tan Sri Dato Hassan Yunos, Larkin malam ini.

Ujian terhadap kemampuan Ulisses boleh dianggap tidak begitu mencabar kerana kelebihan enam mata yang dimiliki Johor DT ke atas pencabar terdekatny­a Pahang, nyata selesa untuk dia memenuhi misi kejuaraan keempat.

Dari sudut dalaman, keharmonia­n dan perancanga­n Johor DT tetap utuh d bawah teraju TMJ, malah Johor DT juga mungkin keluar dari ‘kepompong’ untuk cuba merangkul Piala Malaysia 2017 yang membuka kempen pada 4 Julai 2014.

Dollah Salleh pula pasti sudah mengemaski­ni perancanga­n Pahang jika berhasrat bangkit daripada kekecewaan Piala FA, untuk mengejar Johor DT dalam saingan Liga

Super. Ketinggala­n enam mata di belakang Johor DT menampakka­n jurang yang agak besar dan Pahang tidak boleh silap langkah lagi apabila berdepan Felda di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, malam ini.

Congakan Kedah menuju empat bulan terakhir Liga Malaysia, tetap dinantikan penuh debar oleh penyokong Helang Merah. Berlatarbe­lakangkan kejayaan tiga piala (Piala Malaysia 2016, Piala Sumbangsih dan Piala FA 2017), keyakinan bolasepak Kedah kini masih memuncak dan harmoni.

Kunjungan Perak di Stadium Darulaman nyata sukar buat The Bos Gaurus untuk mengelak kekalahan ketiga di tangan Kedah pada 2017.

Apa pula corak cabaran seterusnya dari Perak, Selangor, FELDA United, T Team dan Kelantan? Ternyata banyak lagi ‘cerita simpan’ yang akan dikeluarka­n untuk anda musim ini. Jumpa lagi!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia