Harian Metro

ABDAH MASIH TERKILAN

-

Hujung Ramadan lalu, ketika ke satu majlis berbuka puasa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Spy Bola terserempa­k dengan bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Abdah Alif.

Abdah tidak banyak berubah sama ada daripada segi fizikal mahupun perwatakan­nya. Walaupun sudah berpuluh tahun tidak bertemu dan yakin beliau sudah tidak mengenali Spy Bola namun beliau tetap mesra melayan.

Kami tidak sempat berbual panjang pada petang itu kerana Spy Bola tidak mahu mengganggu privasi beliau yang datang untuk berbuka puasa dengan sekumpulan rakannya.

Namun, keinginan untuk mengetahui perkembang­an terkini Abdah mendorong Spy Bola menghubung­inya sehari selepas itu.

Kali ini perbualan melalui telefon itu agak panjang, jadi dapatlah Spy Bola mengorek sedikit rahsia peribadiny­a.

Tidak seperti bekas pemain lain yang meneruskan karier sebagai jurulatih selepas bersara daripada bermain, Abdah ternyata memilih haluan berbeza, seolah-olah melupakan terus bola sepak.

“Sebenarnya saya agak kecewa serta tawar hati dengan bola sepak selepas Malaysia memboikot Sukan Olimpik 1980 di Moscow. Sampai sekarang saya masih berasa terkilan.

“Terasa penat lelah saya dan rakan-rakan yang berjuang habis-habisan dengan mengalahka­n Korea Selatan untuk layak ke sana sia-sia sahaja.

“Ini kerana seperti rakan sepasukan lain, saya begitu teruja untuk merasai pengalaman bermain menentang pasukan bertaraf dunia di Olimpik kerana itulah yang akan menjadi pencapaian tertinggi kami sebagai pemain,” dedah Abdah.

Kebetulan pula kata Abdah, sebaik bersara, beliau mendapat peluang untuk menceburka­n diri dalam bidang perniagaan, jadi beliau menggunaka­n kesempatan itu untuk beralih haluan.

“Alhamdulil­lah, sehingga sekarang saya masih aktif dalam perniagaan. Biarlah pemain lain menjadi jurulatih, saya sudah selesa dan seronok dengan bidang baru ini,” kata Abdah tanpa mahu memperinci­kan bentuk perniagaan­nya.

Abdah, 63, juga berkata, beliau kini bahagia dengan kehidupan berkeluarg­a di samping enam anak dan enam cucu.

Spy Bola: Digelar wartawan otai.

 ??  ?? DUA peminat sempat merakam gambar bersama Abdah (tengah).
DUA peminat sempat merakam gambar bersama Abdah (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia