Harian Metro

HOBI PEMAIN, KAHWIN, CERAI

-

Dalam majlis yang berbeza pula baru-baru ini, Spy Bola terserempa­k dengan isteri bekas pemain bola sepak kebangsaan. Ternyata dia masih mengenali Spy Bola walaupun agak lama tidak bersua.

Dia juga tidak banyak berubah, masih cantik serta peramah seperti dulu juga. Cuma, Spy Bola lihat mukanya sedikit cengkung dan badannya agak kurus.

Lalu wanita itu bercerita bahawa dia kini sedang memendam rasa kerana suaminya mula ‘buat hal’ dengan hobi barunya kahwin dan cerai.

Rupa-rupanya ini bukan cerita baru, cuma Spy Bola yang gagal menghidu berita sensasi ini. Maklumlah selepas pemain itu bersara, kami terputus hubungan.

Menurut si isteri bekas pemain itu, suaminya mula pasang dua kirakira 10 tahun lalu dengan keizinanny­a dan niat tidak mahu menanggung dosa membiarkan suaminya melakukan maksiat.

“Dia kahwin janda anak tiga. Saya reda walaupun terpaksa makan hati terutama bila madu asyik mengganggu. Cuma, suami masih menjalanka­n tanggungja­wabnya dengan baik.

“Tapi, rumah tangga mereka tidak kekal lama apabila bercerai akibat suami tidak tahan dengan sikap wanita itu yang mahu mengongkon­gnya.

“Saya berasa lega kerana suami sudah kembali ke pangkuan saya sepenuhnya. Dia sendiri sudah menyatakan kekesalan dan berjanji tidak akan mengulangi­nya.

“Tapi, ternyata janji tinggal janji bila dia buat hal lagi, kali ini dengan janda beranak dua pula. Sekali lagi, atas keizinan saya, dia berkahwin dengan janda itu,” cerita wanita itu.

Menurutnya, apa yang menyedihka­n, wanita itu kini sedang berusaha untuk meruntuhka­n rumah tangga mereka dengan mendesak si suami menceraika­n dirinya.

Spy Bola: Belajar daripada Abang Jamil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia