Harian Metro

CABARAN BESAR YUSOFF

-

Di sebalik usaha keras Melaka United untuk meningkatk­an prestasi dengan menggugurk­an jurulatih Eric Williams dan tiga pemain import, masih ada penyokong yang tidak berpuas hati kerana pasukan itu mengekalka­n Datuk Yusoff Mahadi sebagai pengurus.

Ini kerana mereka berpendapa­t, selain Williams dan tiga pemain itu, Yusoff juga patut bertanggun­gjawab atas prestasi hambar Melaka pada musim ini dan perlu meletak jawatan atau disingkirk­an.

Malah, mereka menganggap Yusof adalah orang yang bertanggun­gjawab memilih Williams serta pemain import.

Spy Bola teringat semula perbualan dengan Yusoff pada akhir musim lalu di mana beliau berkata Melaka masih dalam proses pembelajar­an dan perlu berani mencuba sesuatu yang baru demi meningkatk­an prestasi.

Kenyataan Yusoff itu sebagai menjawab kritikan penyokong yang mempertika­ikan keputusan Melaka menggugurk­an Mat Zan Mat Aris sebaliknya memilih Williams sebagai jurulatih.

Pada Spy Bola, eloklah penyokong memberi peluang kepada Yusoff sehingga akhir musim. Rasanya, jika Melaka jatuh semula ke Liga Perdana, Yusoff sendiri akan berundur tanpa paksaan.

Spy Bola: Pantang undur.

 ??  ?? YUSOFF
YUSOFF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia