Harian Metro

Antara Punca Kami ‘Sendu’

-

yang ramai lahir dari media sosial seperti YouTube.

Perubahan ini secara tidak langsung menggugat karier artis senior untuk memperjuan­gkan bakat dan rezeki mereka sehingga makin sepi. Dengan istilah hiburan, situasi ini juga disebut sebagai ‘sendu’.

Cuit Sikit minggu ini sempat bertanya kepada tiga artis iaitu pelakon Delimawati, Hairie Othman dan Akma (Akademi Fantasia 3) mengenai pandangan mereka terhadap isu ini.

AKMA AF3

“Tidak dinafikan perubahan cita rasa pengguna sekarang menyukarka­n penyanyi lama sukar mencari lagu sesuai untuk pasaran muzik tempatan.

Tambahan pula, sekarang ramai penyanyi popular lahir dari media sosial dan mereka sudah mempunyai pengikut ramai sebelum menceburi industri ‘mainstream’.

Lagu era 1990-an kini menjadi kegemaran orang ramai. Bukan itu saja, radio juga memainkan peranan penting dalam pemilihan lagu.

Selepas lama tidak muncul dengan lagu baru, saya berdepan kesukaran sama ada perlu mengikut cita rasa pendengar ataupun terus memperjuan­gkan pop pilihan saya.

Saya agak kecewa apabila lagu sebelum ini gagal menambat hati pendengar. Namun begitu, ini tidak bermakna saya sudah berputus asa.

Bagi saya, kalau mahu bersaing dengan penyanyi sekarang perlu berfikir panjang.”

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia