Harian Metro

Buah tangan sulung Prime Domestic

-

Promosi hebahkan kemunculan album bermula 6 Ogos ini

menunggu kelulusan pihak berkuasa,” katanya.

Joe mengakui selepas mengadakan persembaha­n sulung di House@GTower, Kuala Lumpur pada 2 April lalu, mereka didatangi tawaran untuk beraksi dalam konsert solo namun terpaksa ditolak.

“Ketika itu kami pun terlalu sibuk dengan rakaman album dan tak nak ambil risiko. Biarlah kami beraksi pada Ogos kerana sekurangku­rangnya peminat sudah tahu lagu Prime Domestic.

“Berkenaan tajaan, kami akan cuba mendapatka­nnya. Bagaimanap­un, jika tiada, ia bukan penyebab untuk kami tidak teruskan persembaha­n walaupun agak susah untuk mendapatka­n penaja sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, Joe gembira kerana tontonan peminat terhadap muzik video Sedingin Pluto di YouTube sudah melebihi 100,000 tontonan.

“Momentumny­a semakin hari semakin meningkat. Kami menunggu lagu ini dimainkan di radio yang diharap dapat membantu menguatkan promosi lagu ini,” katanya.

 ??  ?? PRIME Domestic dianggotai (dari kiri) Joe, Hillary, Ainol, Fauzi dan Aweera. Kami faham peminat begitu teruja untuk memiliki album sulung Prime Domestic dan kami tak mahu membiarkan mereka ternanti-nanti begitu lama
PRIME Domestic dianggotai (dari kiri) Joe, Hillary, Ainol, Fauzi dan Aweera. Kami faham peminat begitu teruja untuk memiliki album sulung Prime Domestic dan kami tak mahu membiarkan mereka ternanti-nanti begitu lama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia