Harian Metro

Awal & Scha ‘shopping’ sakan

-

Kesibukan kerja sepanjang Ramadan lalu memaksa Papa membeli-belah pada saat akhir. Seperti biasa lokasi tumpuan Papa adalah di sebuah gedung kain ternama di Kuala Lumpur.

Dalam pada

Papa sibuk mencari persalinan raya, Papa ternampak pasangan suami isteri popular Awal Ashaari dan Scha Alyahya di situ.

Kelihatan mereka teruja mencari baju raya. Papa perasan agak lama juga mereka di situ. Menariknya mereka saling membantu mencari baju dan warna sesuai. Cara mereka tak ubah seperti orang biasa juga yang ‘shopping’ sakan.

Walaupun sesak dengan orang ramai, Awal dan Scha tetap selamba. Malah Papa nampak mereka sempat melayan peminat yang ingin bergambar. Minggu ini Papa nak kongsikan mengenai aksi romantis penyanyi dan pelakon Aliff Aziz ketika melayan isterinya yang sarat hamil anak sulung mereka.

Gambar ini diambil ketika pasangan berkenaan menghadiri sebuah majlis rasmi di Putrajaya, barubaru ini.

Ketika Papa sedang leka menjamu selera di meja sebelah, ekor mata Papa tiba-tiba melihat aksi pasangan terbabit.

Mana tidaknya, isteri Aliff iaitu Bella kelihatan meminta suaminya memakaikan­nya gincu. Amboi, kalah ‘make-up artist’!

Papa sendiri tersenyum malu dan tergelak tatkala melihat wajah spontan Aliff mengenakan gincu ke bibir isterinya itu.

Papa doakan semoga hubungan yang dibina akan terus bahagia dan dikurniaka­n anak yang comel serta sihat tidak lama lagi.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia