Harian Metro

Berkat jaga arwah ibu

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my Belum Ada Rezeki Timang Anak

Elizad akui rezeki tak pernah putus dalam bidang lakonan

Namanya kembali meniti di bibir peminat menerusi drama bersiri popular seperti Teman Lelaki Upahan, Si Kolot Suamiku dan Papa Ricky yang bersiaran di TV sebelum ini.

Malah tawaran berlakon tidak pernah putus buat pelakon Siti Elizad Mohd Sharifuddi­n, 33.

Ternyata, dirinya masih mendapat tempat dalam bidang lakonan selepas berkahwin.

Secara peribadi, Elizad akui dia bersyukur kerana masih mendapat kepercayaa­n daripada penerbit dan pengarah drama.

“Alhamdulil­lah, saya percaya dengan rezeki yang ditentukan Allah SWT.

Selepas menjaga arwah mama yang terlantar sakit dulu, rezeki tidak pernah putus dalam bidang seni.

“Rezeki juga semakin berganda selepas berkahwin. Saya bersyukur kerana dapat menggembir­akan ayah dan berkongsi rezeki dengan ahli keluarga,” katanya.

Sepanjang Ramadan lalu, Elizad sibuk dengan penggambar­an drama bersiri 20 episod berjudul My Darling Inspektor Daniel terbitan Skop Production­s untuk Astro Ria.

Dalam kisah itu, Elizad berganding­an dengan Aaron Aziz , Erra Fazira dan Elizabeth Tan.

“Saya bawa watak sebagai Inspektor Hannah yang tomboi, lasak dan menunggang motor besar.

“Namun, Hannah ada sifat manja dan menyukai Inspektor Daniel (Aaron),” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Elizad bakal terbabit dengan penggambar­an sebuah filem indie di Berlin tetapi masih dalam perbincang­an.

Ini adalah tahun ketiga, Elizad menyambut raya dengan suaminya, Shamsul Baharin.

Menurut Elizad, dia dan suaminya tidak pernah bergaduh mengenai giliran untuk pulang beraya pada setiap tahun.

“Suami berasal dari Subang Jaya dan saya dari Ampang dan kami menetap di Damansara selepas berkahwin.

“Selepas bersama keluarga mentua pada malam raya, kami akan beraya bersama bapa saya pada pagi raya dan seterusnya ke rumah sanak saudara,” katanya.

Elizad berkata, dia juga merancang bercuti bersama suaminya itu.

Ditanya soal anak pula, kata Elizad, dia memang sudah bersedia untuk membina keluarga sekali gus mengukuhka­n lagi kebahagiaa­n rumah tangganya.

“Rumah tangga kami bahagia dan ini tahun ketiga kami beraya sebagai suami isteri tetapi nampaknya belum ada rezeki untuk kami menimang cahaya mata lagi,” katanya.

Elizad berkahwin dengan Shamsul Baharin, 45, yang berstatus duda dua anak pada 2015.

 ??  ??
 ??  ?? TAHUN ketiga beraya dengan suami. Rezeki juga semakin berganda selepas berkahwin. Saya bersyukur kerana dapat menggembir­akan ayah dan berkongsi rezeki dengan ahli keluarga
TAHUN ketiga beraya dengan suami. Rezeki juga semakin berganda selepas berkahwin. Saya bersyukur kerana dapat menggembir­akan ayah dan berkongsi rezeki dengan ahli keluarga

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia