Harian Metro

BAWA TETAMU JELAJAH AFRIKA

- Susunan Hartini Mohd Nawi hartini@hmetro.com.my

Tema nyata menampilka­n seni dekorasi ‘berani’ dan eksklusif

Hiasan dalaman gaya Afrika tidak kurang menariknya biarpun jarang diperkatak­an.

Kurang popular berbanding dekorasi berasaskan Timur Tengah, Barat dan Nusantara, gaya atau rekaan Afika mempunyai tarikan tersendiri.

Dalam apa jua keadaan, pastikan dekorasi diketengah­kan itu perlu selari dengan gaya hidup anda.

Keselesaan juga perlu menjadi keutamaan. Tidak hanya menarik sebagai hiasan kerana dekorasi praktikal saja mampu membuatkan tetamu teruja, begitu juga penghuni yang lain.

Bagaimanap­un, berada di Asia juga anda mampu membawa tetamu dan penghuni yang lain bagaikan berkunjung ke Afrika berdasarka­n kreativiti dalam dekorasi.

Sinonim dengan warna natural termasuk warna bumi, setiap ruang sarat dengan nilai estetika dan menggamit memori bagaikan berada di Afika.

Dalam mencetuska­n dekorasi itu, kayu dipelbagai­kan rekaannya dan menjadi antara elemen terpenting yang perlu ada.

Selain anda mempunyai pilihan untuk cedar, kayu hitam atau mahagoni Afrika kerana tersenarai antara yang popular dan pelengkap dekorasi ini.

Berikan sentuhan berbeza pada ruang tamu dengan latar warna yang memaparkan koleksi menarik berunsurka­n Afrika.

Gabungan konsep moden dengan tema bergaya

Afrika nyata menampilka­n seni dekorasi ‘berani’ dan eksklusif.

Permukaan lantai yang dilitupi permaidani dengan jaluran kuda belang dan kehadiran bantal hiasan ruang tertentu begitu mengujakan.

Kehadiran beberapa tekstil dari negara berkenaan bukan sekadar menyerlahk­an nilai estetika fabrik itu, malah memperliha­tkan keunikan penghasila­nnya.

Pada kabinet di ruang tamu atau sudut terpilih, tempatkan beberapa koleksi cenderahat­i yang sinonim dengan negara berkenaan.

Nampak ringkas tapi impaknya cukup luar biasa.

Jika anda langsung tidak mempunyai aksesori hiasan atau koleksi cenderahat­i dari sinonim dengan Afrika, pemilihan warna sesuai khususnya warna bumi.

Di bilik anak anda, apa kata ketengahka­n tema safari dalam suasana Afrika berlatarka­n kertas dinding bermotif dan bertekstur menarik.

Satu lagi langkah bijak dalam mencetuska­n tema Afrika tapi tidak terlalu ketara, pemilihan tema tropika juga antara yang membantu.

Kombinasi elemen hiasan antara dua tema itu juga secara tidak langsung memberikan keselesaan buat anda yang gemarkan penataan Afrika tapi tidak terlalu ‘berat.’

Malah penataan berkenaan turut sesuai dengan pendekatan separuh minimalis.

 ??  ?? SEGAR dengan dekorasi praktikal.
SEGAR dengan dekorasi praktikal.
 ??  ?? SUASANA moden digabungka­n dengan padanan warna selari penataan Afrika.
SUASANA moden digabungka­n dengan padanan warna selari penataan Afrika.
 ??  ?? TEKTUR dinding, kemasan langsir dan elemen hiasan
tambahan di bilik tidur dalam
aura Afrika.
TEKTUR dinding, kemasan langsir dan elemen hiasan tambahan di bilik tidur dalam aura Afrika.
 ??  ?? PADA sudut tertentu, dekoratif berasaskan Afrika menarik menghiasi
latar dinding.
PADA sudut tertentu, dekoratif berasaskan Afrika menarik menghiasi latar dinding.
 ??  ?? LATAR unik berasaskan kayu
di ruang makan.
LATAR unik berasaskan kayu di ruang makan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia