Harian Metro

Potong rumput ikut musim

-

Elak terlalu pendek kerana boleh dedah permukaan tanah kepada

cahaya

Persekitar­an taman lebih semula jadi dengan hamparan hijau rumput.

Ia juga menambahka­n keselesaan bersantai sambil anak bebas bermain kerana kurang risiko cedera.

Di sebalik keindahan hamparan rumput itu, tentunya penjagaan dan penyelengg­araan sempurna diperlukan.

Apatah lagi, pelbagai aspek diambil kira untuk menyambut kehadiran tetamu Syawal.

Hamparan rumput yang segar, hijau dan bersih menyerikan sambutan rumah terbuka kerana anda dan tetamu mungkin selesa menjamu kuih-muih dengan sekadar berada di taman.

Memotong rumput nampak mudah, namun ia antara faktor yang menentukan keadaan tanaman itu selepas dipotong.

Sebenarnya ia perlu dipotong mengikut musim. Jika musim kemarau, rumput perlu dipotong pendek sedikit bagi mengurangk­an keperluann­ya terhadap air.

Jika musim biasa, rumput perlu dipotong kira-kira 0.06 meter dari ketinggian asalnya.

Elakkan memotong terlalu pendek hingga kelihatan bahagian rongga atau akar rumput.

Rumput terlalu pendek mendedahka­n permukaan tanah kepada cahaya.

Permukaan yang berlekuk pula mudah terdedah dengan kulat hingga mendatangk­an masalah kepada tanaman itu.

Secara tidak langsung menggalakk­an biji benih rumpai mudah bercambah.

Selain faktor cuaca, memotong rumput seharusnya mengikut keperluan. Jika bercadang mengadakan rumah terbuka, rumput perlu dipotong seminggu sebelum itu.

Bahagian yang dipotong mengambil masa untuk menjana tisu baru.

Awal pagi antara waktu paling sesuai memotong rumput kerana keadaan itu membantu mencegah kadar kehilangan air pada bahagian rumput yang dipotong.

 ??  ?? 1. HAMPARAN hijau rumput menyerikan suasana taman.
2. KEHADIRAN rumput memberikan keselesaan
di taman.
3. SELARIKAN rumput dengan
susun letak tanaman lain.
4. SAUJANA indah hamparan
rumput yang turut diserikan dengan pelbagai
tanaman berbunga.
1. HAMPARAN hijau rumput menyerikan suasana taman. 2. KEHADIRAN rumput memberikan keselesaan di taman. 3. SELARIKAN rumput dengan susun letak tanaman lain. 4. SAUJANA indah hamparan rumput yang turut diserikan dengan pelbagai tanaman berbunga.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia