Harian Metro

Alas meja makan daripada bahan mudah dicuci

-

Pelbagai bahan dan fabrik digunakan untuk menghasilk­an alas meja termasuk fabrik mewah seperti sulaman sutera.

Namun, alas untuk meja makan sering diperbuat daripada kain kapas, fabrik gabungan kapas dan polimer atau bahan bersalut pvc bagi memudahkan ia dicuci serta dibersihka­n apabila terkena sisa makanan.

Sebahagian alas meja direka khas bersesuaia­n dengan set meja seperti napkin dan hiasan lain untuk mewujudkan susun atur harmoni.

Kebiasaann­ya memerlukan dua lapis alas meja. Malah, ada juga yang menggunaka­n pelindung meja kerana alas meja nipis.

Sudah menjadi kebiasaan atau standard dalam budaya Eropah menggunaka­n alas meja pada meja makan mereka.

Dalam tempoh pertengaha­n abad, kain linen putih dan kain kapas berkualiti tinggi adalah elemen utama dalam penyediaan jamuan bagi kediaman golongan kenamaan.

Dari semasa ke semasa, alas meja menjadi elemen penting sebelum pinggan mangkuk bagi golongan pertengaha­n dan bawahan.

Kini, pelbagai jenis warna alas meja makan diketengah­kan namun sesetengah majlis istimewa dan formal masih menggunaka­n fabrik warna putih.

Alas meja ‘perugia’ sudah mula dihasilkan sejak pertengaha­n abad dan ciri utama rekaannya adalah gabungan fabrik rona putih.

Bercirikan anyaman jalur biru, alas meja itu sering dikaitkan dengan dengan linen gereja.

Rekaan dalaman dengan gaya Victoria sering dikaitkan dengan fabrik tebal dan warna pekat termasuk alas meja yang sering kali direka mencecah lantai.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia