Harian Metro

PROJEK HIJAU DI SABAH

-

Latih penuntut membabitka­n diri dengan

kerja sukarelawa­n

prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik.

Pengarah projek, Amalina Amahd Unonis, 21, berkata peserta teruja dibawa melawat dan menjalanka­n khidmat komuniti di beberapa tempat menarik di sekitar Sabah.

“Sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu kami bergerak ke lokasi pertama, Kota Kinabalu Wetlands bagi aktiviti konservasi di paya bakau. Kami diberi taklimat ringkas mengenai kawasan paya bakau dan penerangan aktiviti yang bakal dilaksanak­an.

“Kami dibahagika­n kepada dua kumpulan untuk mengutip sampah di kawasan paya bakau dan dalam masa kurang satu jam 120 kilogram

(kg) sampah berjaya dikumpulka­n.

“Lokasi seterusnya, kami melawat ke rumah kebajikan Jireh Home kirakira 10 kilometer (km) dari Kota Kinabalu. Ketibaan kami di sambut penghuni Jireh Home dengan penuh keriangan. Di sini kami mengadakan sesi suai kenal dan pertanding­an membuat sandwic bersama penghuni sebelum bertolak ke Kiulu Nature Camp,” katanya.

Kata Amalina, peserta menginap di Kiulu Nature Camp dan hari berikutnya mereka bertolak ke Desa Cattle Dairy Farm, Taman Kinabalu, Pekan Nabalu dan Pekan Kundasang.

“Kami hanya berpeluang menjalanka­n aktiviti pembersiha­n kandang lembu dan mengutip sampah di Desa Cattle

Dairy Farm. Ini kerana ketika tiba di pekan Nabalu hujan lebat sehingga waktu petang menyebabka­n aktiviti di Taman Kinabalu dan pekan Kundasang juga terpaksa ditangguhk­an.

“Malah khemah di tapak perkhemaha­n turut dimasuki air akibat hujan berterusan dan penuntut perempuan dibenarkan menginap di dalam surau manakala penuntut lelaki di pondok tempat berkumpul. Segala aktiviti kem yang dirancang pada malam itu juga terpaksa dibatalkan.

“Hari ketiga pula, cuaca sangat baik dan program diteruskan dengan aktiviti berakit arus deras (water rafting) dan di Sungai Kiulu pada sebelah pagi. Peserta dibahagika­n kepada lima kumpulan yang memuatkan lapan orang dalam satu pelampung besar untuk melalui pelbagai halangan sepanjang 7 kilometer.

“Pada sebelah malam, selepas menikmati makan malam kami menjalanka­n aktiviti radio order yang melatih peserta untuk lebih peka dalam melakukan sesuatu perkara,” katanya.

Memasuki hari keempat, peserta meninggalk­an kem dan bertolak ke bandar raya Kota Kinabalu untuk aktiviti bebas sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

“Sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur, kami berjalan-jalan di sekitar bandar raya Kota Kinabalu, Pulau Manukan dan Taman Laut Sabah bagi aktiviti snorkeling. Kami sangat teruja dapat melihat dan menikmati keindahan hidupan laut di perairan Sabah.

“Menerusi program ini saya berharap peserta memanfaatk­an setiap pengalaman sepanjang projek berjalan dan membentuk ikatan yang utuh antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang, kaum serta agama,” katanya.

 ??  ?? BERGAMBAR bersama penghuni Jireh Home.
BERGAMBAR bersama penghuni Jireh Home.
 ??  ?? AKTIVITI berakit arus deras.
AKTIVITI berakit arus deras.
 ??  ?? AKTIVITI memungut sampahdika­wasan
paya bakau.
AKTIVITI memungut sampahdika­wasan paya bakau.
 ??  ?? AKTIVITI snorkeling di Taman Laut Sabah.
AKTIVITI snorkeling di Taman Laut Sabah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia