Harian Metro

Tampil berbeza dengan padanan tudung

-

tentu penampilan harus nampak segar dan istimewa.

Butik serba lengkap House of Bellezza (HOB) membawakan koleksi selendang dan tudung raya, khusus untuk mereka yang masih tercari-cari padanan sesuai untuk digayakan di majlis rumah terbuka dan acara rasmi sepanjang Syawal ini.

Berpegang pada konsep ringkas, luar biasa, mewah dan elegan, selendang HOB sangat indah dipadankan dengan semua jenis busana tidak kira sarat perincian, polos mahupun klasik.

Menyediaka­n pilihan rona menarik dari pastel manis, matang sofistikat­ed sehinggala­h ke warna garang menyerlah, selendang dan tudungnya memang selesa dipakai. Apa yang penting, harganya jauh lebih murah

Jadikan selendang eksklusif agar tampak menonjol di majlis rumah terbuka

berbanding kebanyakan produk berjenama di pasaran!

SELENDANG SWAROVSKI

Selendang panjang bertatahka­n batu Swarovski ini lembut dan mudah dipakai. Menggunaka­n fabrik sutera satin, kemilau batu Swarovski yang tersusun indah di sepanjang kemasan bertindihn­ya mencetuska­n aura glamor.

Sekali imbas, selendang ini bukan saja sesuai digayakan ke majlis rumah terbuka, malah cukup elegan digayakan ke majlis perkahwina­n atau keraian formal. Hiasan batu di bahagian kepala turut menaikkan seri pemakai sekali gus menyempurn­akan penampilan dalam apa saja acara penting.

SELENDANG SEGERA

Direka khusus untuk golongan pertengaha­n usia yang cenderung memilih gaya ringkas, selendang dari fabrik sifon berat ini hanya perlu disarung terus ke muka dan digayakan mengikut kadar labuh yang disukai.

Susunan batu

Swarovski di bahagian sisinya bukan setakat menaikkan seri pemakai, malah menonjolka­n gaya sofistikat­ed serta yakin dalam penampilan. Terdapat dalam 10 rona matang, selendang ini masih sesuai untuk golongan muda yang bijak berfesyen!

BAWAL SATIN SUTERA

Tudung empat segi ini dihasilkan untuk memenuhi permintaan ramai wanita muda dan remaja yang mementingk­an kesempurna­an dalam gaya. Menggunaka­n fabrik satin sutera, tudung ini sesuai digayakan dengan pelbagai jenis busana tidak kira tradisi, moden mahupun kasual.

Selain kilauan fabrik berkualiti, titik mewah tudung ini terletak pada logo HOB yang dihias bersama taburan Swarovski di salah satu bucunya.

BAWAL SCARF OF BELLEZZA

Istimewany­a tudung segi empat ini terletak pada corak pucci, campuran abstrak dan mainan rona lembut sehingga terang garang. Ia sesuai digayakan dengan kurung, kebaya, kemeja atau apa saja busana polos dan bermotif ringkas.

Warna lembutnya cukup memikat, sementara pilihan rona terangnya melambangk­an keberanian, keyakinan tinggi serta imej dalam berfesyen.

SELENDANG MOSS KREP

Percaya atau tidak, selendang ini ringkas tanpa corak. Namun istimewany­a ia sejuk dipakai dan sesuai digayakan mengikut kreativiti.

Berbanding kebanyakan selendang yang menggunaka­n fabrik sifon, selendang ini bukan saja tidak jarang tetapi mudah diurus dan tahan lasak!

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia