Harian Metro

Pilihan fabrik, perincian

-

Pakaian siap jahit di butik curi tumpuan bagi yang mahu kelainan dalam gaya

terbuka dan tidak kisah menggayaka­n baju Melayu rona sama!

-Gambar di muka 16.

2. Sekilas pandang, peplum biru diraja ini nampak ringkas dan cukup menawan. Memperliha­tkan perincian manik, bunga, batu kristal dan cangkerang di bahagian bawah dada dan lengan, peplum ini membawa imaginasi busana indah si duyung jelita. Pastinya pasangan dan anak teruna berbangga sedondon bersama.

3. Saban tahun rona hijau zamrud tidak pernah lapuk dek zaman. Serlahan warnanya saja sudah cukup untuk menonjolka­n ciri busana elegan. Helaian ini adalah satu-satunya busana peplum yang direka polos tanpa sebarang perincian. Begitupun, anda masih boleh bergaya dengan memadankan pelbagai aksesori seperti rantai pinggang. Pasangan nampak maskulin menyarung baju sedondon di sisi.

4. Andai pagi raya sudah menyarung kurung dan peplum, gaun hijau pudina ini mungkin pilihan tepat untuk memenuhi jemputan ke majlis rumah terbuka. Tidak kira jenis bertingkat atau gaun kembang, kedua-duanya cukup menawan! Manik mutiara dan renda kembangnya menonjolka­n gaya manis bak puteri, manakala susunan bertingkat menampilka­n ciri mewah. Pasangan juga nampak ceria dengan baju Melayu rona sama.

5. Jarang sekali kita memilih rona hitam untuk berhari raya. Namun, busana dengan perincian renda Perancis ini langsung tidak nampak janggal, malah bergaya. Padanan tudung rona merah jambu terangnya menaikkan seri busana, menjadikan gaun kurung ini begitu unik dan eksklusif untuk digayakan.

5

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia