Harian Metro

Tampil elegan

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Fesyen sedondon sememangny­a menjadi pilihan menjelang lebaran, terutama bagi mereka yang berkeluarg­a. Ia umpama tradisi turun-temurun untuk mewujudkan tema raya, sekali gus memeriahka­n lagi sambutan Aidilfitri dengan cara tersendiri.

Suami segak berbaju Melayu, anak berseri dengan gaun kembang, manakala isteri kekal anggun mengenakan rekaan peplum labuh bertatahka­n labuci, manik dan kristal Swarovski. Ini tentunya menambah kemeriahan saat mengunjung­i rumah terbuka.

Begitupun, dalam tempoh terhad ini, pakaian siap jahit di butik paling banyak mencuri tumpuan. Ia bukan setakat mudah dimiliki, tetapi turut menyediaka­n pelbagai rekaan terkini yang tidak ketinggala­n zaman.

Bagi penduduk Shah Alam, koleksi pakaian sedondon di

Butik Zurfauzie Classic di SACC Mall mungkin sesuai dengan tema lebaran kali ini. Butik milik Faudziah Yusoff itu bukan saja menjadi pilihan golongan biasa, malah mencuri tumpuan selebriti tempatan serta golongan kenamaan yang mahukan kelainan dalam gaya.

Kata Faudziah, butiknya menawarkan kelainan dari segi potongan busana, pemilihan fabrik dan perincian, seiring cogan katanya, elit, eksklusif serta elegan.

“Jika diperhatik­an, baju peplum biasa kebanyakan­nya pendek dan terlalu menonjol sehingga ramai yang tidak sesuai menggayaka­nnya. Tetapi kami tampil dengan idea lebih kreatif iaitu menjadikan baju peplum lebih

3

labuh dan nampak sopan.

“Malah ada antara pelanggan kami yang bertubuh besar, namun masih cantik menggayaka­n peplum. Secara tidak langsung, ia bukan setakat berjaya menyerlahk­an gaya wanita, malah turut meningkatk­an keyakinan mereka untuk berfesyen,” katanya.

Selain rekaan peplum, pelbagai rekaan baju moden lain turut disediakan antaranya fesyen baju kurung moden dan gaun bertingkat dengan perincian renda, manik serta batuan kristal untuk wanita dan kanak-kanak.

“Untuk rekaan peplum tahun ini, saya banyak bermain dengan lipatan, padanan corak renda Perancis, manik serta susunan batu Swarovski untuk menonjolka­n kemeriahan lebaran.

“Fokus perincian adalah di bahagian bawah dada, sisi ke pinggul serta lengan. Ada juga rekaan yang menonjolka­n lipatan bertingkat di bahagian depan untuk ciri elegan dan mewah.

“Sementara di bahagian belakangny­a sengaja dibuat labuh mengikut potongan ekor ikan untuk menampakka­n ilusi kurus yang menyerlahk­an penampilan sopan. Jenis potongan ini sesuai untuk semua, khususnya golongan ibu, wanita pertengaha­n usia serta mereka yang kurang yakin untuk tampil bergaya disebabkan perubahan bentuk tubuh,” katanya.

1. Peplum rona merah jambu pudar ini cukup manis digayakan sedondon ke rumah terbuka. Dihias dengan renda Perancis, busana ini nampak cukup ayu dan lembut untuk digayakan sedondon dengan anak perempuan. Lebih beruntung jika pasangan anda seorang yang

4

2

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia