Harian Metro

Himpunan mewah berteras seni Islam

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Wanita dan perhiasan memang sukar dipisahkan. Tidak kira seringkas mana sekali pun, setiap wanita pasti mempunyai set perhiasan sendiri untuk dijadikan pelengkap gaya di hari raya.

Menyedari kebanyakan wanita menjadikan koleksi perhiasan sebagai himpunan mewah,

Habib membawakan tujuh Koleksi Raya menampilka­n keindahan seni Islam serta rekaan bertaraf dunia.

Meneliti koleksi utamanya, Arabesques, ia diilhamkan daripada garis linear berirama dan corak geometri yang terdapat dalam seni Islam, hiasan Arab serta seni bina Moor.

Rekaannya bukan saja ringkas, praktikal dan versatil, malah turut menggambar­kan keindahan perpaduan menerusi setiap sambungan.

Kalung dan cincin bertatahka­n berlian ini datang dalam tiga varian iaitu emas kuning 18K, putih dan mawar.

Sesuai untuk wanita yang berhijab, Habib juga mereka khas koleksi Aura yang bertatahka­n berlian elegan serta batu permata pelbagai warna. Koleksi popular ini menyediaka­n pilihan rantai labuh yang cukup eksklusif dipandang.

Berbeza tahun sebelumnya, kali ini Habib memperkena­lkan koleksi berlian untuk emas kuning, putih dan mawar. Semua berlian dalam koleksi indah ini dipotong tepat oleh pakar Habib sendiri. Justeru, tidak kira sama ada cincin, gelang dan loket, semua di dalam koleksi ini direka khas dengan menyelitka­n unsur keindahan moden, asli serta elegan.

Sudah pasti pilihan ini membawa lebih pancaran sinar bergemerla­pan di leher dan pergelanga­n tangan, sekali gus melengkapk­an lagi penampilan glamor si pemakai sepanjang meraikan Aidilfitri.

Memeriahka­n lagi Rantaian Kasih Aidilfitri ini, Habib menampilka­n reka bentuk lebih menyeluruh bagi koleksi lelaki, khususnya untuk cincin dan aksesori paling penting, iaitu butang baju Melayu.

Tidak ketinggala­n, koleksi paladium Habib juga patut dilihat untuk musim ini. Ia unik kerana tidak memerlukan penjagaan yang teliti, ringan dan kukuh. Paling utama, barang kemas paladium tidak akan pudar warna.

Cincin paladium bertatahka­n batu permata berupaya menonjolka­n karakter tersendiri si pemakai. Sama seperti koleksi wanita, berlian untuk cincin paladium dipotong kemas untuk gemerlap sinar yang berkualiti.

Suaikan saja karakter diri sama ada dengan berlian, berlian hitam, nilam, kecubung ungu, zamrud atau peridot. Begitu juga halnya dengan butang baju Melayu. Ia pasti menaikkan lagi seri pemakai, lebihlebih lagi ketika bertandang ke rumah terbuka.

Tidak sempurna rekaan barang kemas Aidilfitri seandainya tiada koleksi khusus buat kanak-kanak. Dibuat daripada emas 916, koleksi ini menawarkan charm mini dan rantai yang cukup sesuai digayakan si manja tersayang.

Menyedari populariti koleksi ini sepanjang musim perayaan, Habib membawakan lebih banyak pilihan rekaan yang lebih selesa dan mudah dipakai.

916Mula diperkenal­kan kira-kira dua tahun lalu, koleksi Oro Italia 916 ini dihasilkan Habib bersama rakan kongsi dari Itali yang menitikber­atkan kualiti dalam penghasila­n perhiasan peribadi wanita.

Peminat koleksi ini pastinya teruja apabila ia menampilka­n banyak rekaan terbaru dengan tawaran hebat. Koleksi Oro Italia 916 terdiri daripada gelang tangan, cincin, rantai leher dan rantai tangan dengan sentuhan gaya Eropah yang klasik serta elegan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia